PASUKAN SMART KONGSI KEPAKARAN BERSAMA PASUKAN GERAKAN AM (PGA) BIDOR
- Faiz
- Program dan Aktiviti
PASUKAN SMART KONGSI KEPAKARAN BERSAMA PASUKAN GERAKAN AM (PGA) BIDOR | 30 JANUARI 2026
Seramai 6 orang jurulatih berpengalaman Pasukan SMART yang diketuai oleh Inspektor Abdullah Ahmad Sobri telah dijemput untuk berkongsi kepakaran kepada seramai 21 pegawai dan anggota Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA), Bidor yang merupakan peserta Kursus Asas Mencari dan Menyelamat. Kursus ini telah dilaksanakan bermula dari 26 hingga 30 Januari 2026 bertempat di Kem Pasukan Gerakan Am, Bidor.
Penganjuran kursus ini bukan sahaja untuk memperkukuh kemahiran individu, malah turut meningkatkan tahap koordinasi dan kecekapan pasukan dalam melaksanakan tugasan di lapangan. Para peserta didedahkan kepada latihan teori dan praktikal yang merangkumi asas-asas operasi mencari dan menyelamat, keselamatan diri, kerja berpasukan serta prosedur operasi standard.
Diharapkan perkongsian pengalaman yang dibuat oleh Pasukan SMART dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta tahap kesiapsiagaan pegawai dan anggota PGA dalam melaksanakan operasi mencari dan menyelamat, khususnya ketika berhadapan dengan situasi kecemasan dan bencana.
