PENCERAMAH JEMPUTAN BAGI KURSUS STAF DAN TAKTIK GRED 2 SIRI 1/2026 DI AKADEMI TENTERA DARAT, PORT DICKSON DAN KURSUS CIVIL- MILITARY COOPERATION (CIMIC) STAFF DAN OPERATOR SIRI 2/2026 DI PUSAT PENGAMAN MALAYSIA, PORT DICKSON
- Faiz
- Program dan Aktiviti
PENCERAMAH JEMPUTAN BAGI KURSUS STAF DAN TAKTIK GRED 2 SIRI 1/2026 DI AKADEMI TENTERA DARAT, PORT DICKSON DAN KURSUS CIVIL- MILITARY COOPERATION (CIMIC) STAFF DAN OPERATOR SIRI 2/2026 DI PUSAT PENGAMAN MALAYSIA, PORT DICKSON | 29 JANUARI 2026
NADMA sentiasa memperkukuh kerjasama strategik bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam pengurusan bencana dan bantuan kemanusiaan.
Che Siti Noor Koh Poh Lee, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Penyelarasan Operasi NADMA telah dijemput untuk membuat perkongsian mengenai Arahan NADMA No. 1 dan peranan ATM dalam operasi bantuan bencana.
Seramai 60 orang peserta Kursus Staf Dan Taktik Gred 2 Siri 1/2026 di Akademi Tentera Darat, Port Dickson. Manakala bagi Kursus Civil- Military Cooperation (CIMIC) Staff Dan Operator Siri 2/2026 Di Pusat Pengaman Malaysia, Port Dickson pula disertai oleh 24 pegawai tentera yang bakal menyertai misi pengaman PBB, termasuk kehadiran 2 pegawai pemerhati daripada Canadian Armed Forces.
Antara aspek perkongsian adalah mengenai dasar dan mekanisme bantuan kemanusiaan dan bencana di Malaysia, serantau dan antarabangsa sekiranya berhadapan dengan situasi kecemasan yang kompleks, memahami sensitiviti budaya dan kod etika yang perlu dipatuhi oleh ketika bertugas di luar negara berdasarkan pengalaman menguruskan misi USAR Pasukan SMART (MAS01) ke Turkiye dan Myanmar.
