KUNJUNGAN HORMAT KETUA PESURUHJAYA ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA KE NADMA
- Faiz
- Program dan Aktiviti
KUNJUNGAN HORMAT KETUA PESURUHJAYA ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA KE NADMA | 3 FEBRUARI 2026
Ketua Pengarah NADMA, Tuan Meor Ismail Meor Akim hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), YAS KPj. (PA) Tuan Muhammad Abiddin Abd Rahman di pejabat beliau.
Kunjungan ini sebagai langkah memperkukuh kerjasama strategik antara NADMA dan APM dalam pengurusan bencana dan pengurangan risiko bencana negara. Antara perkara yang dibincangkan ialah mengenai pemerkasaan peranan dan tanggungjawab sekretariat jawatankuasa pengurusan bencana, sistem amaran, penglibatan pemain industri dalam pengurangan risiko bencana dan cadangan perolehan aset baharu.
Selain itu, perancangan latihan intensif secara berkala antara Pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA) APM dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) NADMA turut diberi perhatian supaya tahap kompetensi dan kesiapsiagaan anggota sentiasa tinggi.
Turut hadir di pihak APM ialah YAS TPj.(PA) Ghazali Abd Rahman, TKP (Operasi) APM dan YS Kol.(PA) Mohd Adzhar Mujab, Pengarah Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi APM. Manakala turut hadir di pihak NADMA ialah Tuan Haji Hussain Moh, TKP (Pasca Bencana), Kol. Bersekutu (PA) Ir. Ts. Ahmad Shahrir Md Naziri, Pengarah Seksyen Mitigasi dan PgKB I Abdul Manaf Che Isa, Komander SMART.
