PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

PROGRAM PELAKSANAAN LATIHAN KESIAPSIAGAAN BENCANA KOMUNITI (CBDRM) ANJURAN KOR i-BANTU YAYASAN IKRAM MALAYSIA DENGAN KERJASAMA NADMA DI TELUK INTAN, PERAK

PROGRAM PELAKSANAAN LATIHAN KESIAPSIAGAAN BENCANA KOMUNITI (CBDRM) ANJURAN KOR i-BANTU YAYASAN IKRAM MALAYSIA DENGAN KERJASAMA NADMA DI TELUK INTAN, PERAK | 31 JAN – 2 FEB 2026
Β 
NADMA telah bekerjasama dengan Kor i-Bantu Yayasan Ikram Malaysia (yaIKRAM) menganjurkan Program Pelaksanaan Latihan Kesiapsiagaan Bencana Komuniti (CBDRM) selama 3 hari bermula dari 31 Januari hingga 2 Februari 2026 di Dinnie Inn, Teluk Intan, Perak.
Β 
Program ini telah mengumpulkan seramai 50 sukarelawan yang hadir sebagai peserta untuk memantapkan lagi ilmu kesiapsiagaan dalam menghadapi bencana. Ini bagi memastikan komuniti sentiasa bersiap siaga dan dapat menjadi 𝘧π˜ͺ𝘳𝘴𝘡 𝘳𝘦𝘴𝘱𝘰𝘯π˜₯𝘦𝘳 apabila sesuatu kejadian bencana berlaku di komuniti masing-masing. Tindakan pantas para sukarelawan dan komuniti untuk bertindak pantas dapat menyelamatkan banyak nyawa dan harta benda jika berlaku sebarang kemungkinan bencana.
Β 
Antara pengisian utama:
βœ… Taklimat keselamatan & pengenalan program;
βœ… Perkongsian Garis Panduan CBDRM oleh wakil NADMA, Encik Zaim Aiman Ibrahim, Seksyen Pembangunan Komuniti & Sosial;
βœ…Latihan praktikal: mengaplikasikan modul CDBRM seperti komunikasi bencana, pertolongan cemas, ikatan dan simpulan, menyelamat mangsa dalam air, ikhtiar hidup.
Β 
Diharapkan melalui program CBDRM seperti ini dapat meningkatkan kesedaran risiko kepada para peserta bencana tempatan serta menambah ilmu pengetahuan dengan memahami modul-modul latihan CBDRM untuk diaplikasikan kepada komuniti serta meningkatkan keyakinan yang lebih tinggi untuk membimbing komuniti setempat menjadi lebih 𝘳𝘦𝘴π˜ͺ𝘭π˜ͺ𝘦𝘯𝘡 atau berdaya tahan.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search