KUNJUNGAN HORMAT BAHAGIAN GEOSPASIAL PERTAHANAN JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM) KEPADA KETUA PENGARAH NADMA
- Faiz
- Program dan Aktiviti
KUNJUNGAN HORMAT BAHAGIAN GEOSPASIAL PERTAHANAN JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM) KEPADA KETUA PENGARAH NADMA | 3 FEBRUARI 2026
Ketua Pengarah NADMA, Tuan Meor Ismail Meor Akim telah menerima kunjungan hormat daripada Bahagian Geospatial Pertahanan, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) sebagai usaha memperkukuh kerjasama strategik dalam memanfaatkan teknologi geospatial bagi pengurusan bencana negara.
ย
Delegasi JUPEM diketuai oleh Pengarah Bahagian Geospatial Pertahanan, Brig. Jen. Datoโ Pahlawan Sr. Dr. Mohd Zambri Mohamad Rabab telah berkongsi keupayaan platform ๐๐ฆ๐ง๐ฆ๐ฏ๐ค๐ฆ ๐๐ฆ๐ฐ๐ด๐ฑ๐ข๐ต๐ช๐ข๐ญ ๐๐ฏ๐ง๐ฐ๐ณ๐ฎ๐ข๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ ๐๐ข๐ฏ๐ข๐จ๐ฆ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ต (DGIM) dalam menyokong pelbagai aplikasi Sistem Maklumat Geografi (GIS). Perbincangan ini selari dengan pendekatan ๐๐ฉ๐ฐ๐ญ๐ฆ-๐ฐ๐ง-๐๐ฐ๐ท๐ฆ๐ณ๐ฏ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ต dan ๐๐ฉ๐ฐ๐ญ๐ฆ-๐ฐ๐ง-๐๐ฐ๐ค๐ช๐ฆ๐ต๐บ, dengan penekanan kepada keperluan data bencana yang menyeluruh dan bersepadu merentas agensi, serta perancangan masa hadapan bagi memperkukuh ekosistem data dan analitik dalam menyokong perancangan, pemantauan dan pembuatan keputusan berasaskan data.
ย
Kunjungan ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua pihak dalam memperkasa penggunaan teknologi geospatial sebagai komponen penting ke arah sistem pengurusan bencana negara yang lebih bersepadu, berasaskan risiko dan responsif.
Turut hadir dalam sesi kunjungan ini ialah Tuan Haji Hussain Moh, TKP (Pasca Bencana); Kol. Bersekutu (PA) Ir. Ts. Ahmad Shahrir Md Naziri, Pengarah Seksyen Mitigasi dan wakil NDCC.
