PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

NADMA DAN PERTUBUHAN PERWIRA ANJURKAN TRAINING OF TRAINERS (TOT) CBDRM KEPADA SUKARELAWAN PERTUBUHAN PERWIRA

NADMA DAN PERTUBUHAN PERWIRA ANJURKAN TRAINING OF TRAINERS (TOT) CBDRM KEPADA SUKARELAWAN PERTUBUHAN PERWIRA | 4 FEBRUARI 2026

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah bekerjasama dengan Rakan NADMA Pertubuhan Perwira bagi menganjurkan Program 𝘛𝘳𝘢𝘪𝘯𝘪𝘯𝘨 𝘰𝘧 𝘛𝘳𝘢𝘪𝘯𝘦𝘳𝘴 (𝘛𝘖𝘛) Community-Based Disaster Risk Management (CBDRM) kepada kakitangan dan sukarelawan PERWIRA pada 4 Februari 2026 bertempat di Perkampungan Maghfirah, Negeri Sembilan.
 
Program ini memberi fokus kepada pemerkasaan peranan sukarelawan dalam memperkukuh ketahanan komuniti melalui penyeragaman ilmu kesiapsiagaan bencana selaras dengan struktur Modul Garis Panduan CBDRM NADMA. Latihan ini amat penting bagi melahirkan tenaga pengajar dan pengamal NGO yang kompeten serta bersedia berkhidmat di lapangan.
 
Para peserta turut didedahkan dengan latihan teknikal dan amali bagi memahami realiti situasi sebelum, semasa dan selepas bencana sekali gus meningkatkan keupayaan tindakan di peringkat komuniti.
 
Melalui pelaksanaan Program CBDRM secara berterusan membolehkan lebih ramai tenaga mahir terlatih dalam kalangan komuniti bagi membantu operasi pengurusan bencana agar lebih berkesan, tersusun dan berimpak.
 
Program ini dihadiri oleh pegawai NADMA dari Seksyen Pembangunan Komuniti dan Sosial iaitu Mohd Azam Zakuan, Mohd Zaim Aiman dan Cik Afiqah.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search