KUNJUNGAN HORMAT NAIB PRESIDEN KUMPULAN KESIHATAN, KESELAMATAN DAN ALAM SEKITAR (HSSE) PETRONAS KE NADMA
- Faiz
- Program dan Aktiviti
KUNJUNGAN HORMAT NAIB PRESIDEN KUMPULAN KESIHATAN, KESELAMATAN DAN ALAM SEKITAR (HSSE) PETRONAS KE NADMA | 5 FEBRUARI 2026
Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Tuan Meor Ismail Meor Akim hari ini menerima kunjungan hormat daripada Tuan Zamri Japar, Naib Presiden Kumpulan Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSSE), PETRONAS bertempat di pejabat beliau.
Kunjungan ini memberi tumpuan kepada perbincangan kerjasama strategik merangkumi aspek kesiapsiagaan, tindak balas serta pengurangan risiko bencana.
Pertemuan ini turut menjadi wadah penting dalam mengukuhkan sinergi antara agensi Kerajaan dan sektor korporat dalam usaha memastikan pengurangan risiko bencana serta kesiapsiagaan komuniti terus diperkasa.
