PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

Singapore Civil Defence Force (SCDF) Ready Week 2025 | 16 hingga 22 November 2025

Program SCDF Ready Week 2025 yang diadakan di Singapura telah dihadiri oleh wakil delegasi NADMA iaitu Sr Nizam Amri Ibrahim, Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Teknikal dan Infrastruktur serta lima (5) orang anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) iaitu Sjn Nicolas Petius (Ketua Pasukan), Kpl (U) Ahmad Razlan Zihni, Kpl Shafiq Iqmal Md Elias, PBK II Mohd Shahrulnizam Mohd Yunus dan PB Sarbini Abdullah.

Program yang diatur dalam penganjuran SCDF Ready Week 2025 ini termasuklah Singapore - International Disaster & Emergency Management Expo (SIDEX), Singapore Global Firefighter & Paramedics (SGFPC) dan INSARAG USAR Capability Exchange (USAR CAPEX).

Penganjuran Expo SIDEX 2025 dengan tema Ready Today, Resilient Tomorrow turut menghimpunkan delegasi persidangan dan pempamer dari pelbagai negara dan berkongsi ilmu pengetahuan berkaitan pengurusan bencana dan peralatan serta kenderaan bantuan mencari dan menyelamat.

Pasukan SMART juga juga turut menyertai USAR CAPEX dan pertandingan SGFPC dan memberikan saingan sengit kepada pasukan antarabangsa lain dalam kategori Braveheart (individu) dan Rip-it-Off (berpasukan) manakala dua (2) orang anggota SMART berjaya memperolehi pingat dalam kategori Braveheart (berpasukan).

Previous Next

TINJAUAN OPERASI PENGURUSAN BENCANA DI NEGERI KELANTAN | 24 NOVEMBER 2025

Ketua Pengarah NADMA, Tuan Meor Ismail Meor Akim memulakan tugasan pertama beliau sebaik melapor diri di NADMA pagi tadi dengan membuat tinjauan penyelarasan operasi bencana di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Sabak, Pengkalan Chepa, Kelantan. PPS ini menempatkan lebih 300 orang mangsa banjir.

Beliau telah mendapat taklimat ringkas pengoperasian PPS oleh wakil JKM, APM dan Guru Besar SK Sabak. Beliau turut meninjau fasiliti di PPS tersebut utk kemudahan dan kegunaan mangsa bencana serta penyediaan makanan untuk mangsa bencana yang dibuat secara gotong-royong oleh penghuni di PPS tersebut.

Esok, beliau akan meneruskan pemantauan pengoperasian dan penyelarasan bencana yang dibuat oleh JPBN melalui PKOB Negeri Kelantan serta meninjau situasi bencana di Jajahan Tumpat.

Previous Next

Selamat Datang dan Tahniah!

Warga NADMA dengan penuh semangat mengalu-alukan kehadiran YBrs. Tuan Meor Ismail bin Meor Akim sebagai Ketua Pengarah NADMA yang baharu.

Kami mendoakan yang terbaik agar beliau dapat memimpin agensi ini ke tahap yang lebih cemerlang dalam menguruskan risiko dan tindak balas bencana negara. Semoga visi dan pengalaman beliau akan menjadi tonggak kekuatan baharu buat seluruh warga NADMA.

Selamat menjalankan tugas, Tuan🫑

Previous Next

SESI β€œCLOCK OUT” KETUA PENGARAH NADMA | 21 NOVEMBER 2025

Datuk Abdul Halim Hamzah, Ketua Pengarah diiringi pengurusan tertinggi dan warga NADMA bersama-sama menyaksikan beliau clock out terakhir di pejabat. Beliau seterusnya akan menggalas tugas baharu sebagai Ketua Setiausaha, Kementerian Komunikasi bermula hari ini, 24 November 2025.

Terima kasih Datuk di atas segala sumbangan, tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang menerajui NADMA. Jasa datuk akan sentiasa dikenang dan dihargai.

Previous Next

Mesyuarat Persediaan Menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026 bersama Syarikat-Syarikat Perkhidmatan Telekomunikasi | 14 November 2025 | Bilik Mesyuarat Utama SMART
Β 
Telah berlangsung Mesyuarat Persediaan Menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026 bersama Syarikat-Syarikat Perkhidmatan yang dipengerusikan oleh YBrs. Encik Ahmad Rajiun Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah Dasar NADMA.
Β 
NADMA Malaysia telah bekerjasama dengan Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS), Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta syarikat-syarikat telekomunikasi negara dalam mewujudkan sistem hebahan amaran awal bencana melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang bertujuan untuk memberi amaran awal kepada penduduk di kawasan yang diramal berlaku banjir.
Β 
Jalinan kerjasama ini terbukti berkesan sebagai salah satu kaedah penyampaian amaran awal kepada mangsa-mangsa bencana terutama di kawasan berisiko banjir. Diharapkan jalinan kerjasama yang sedia ada dapat diteruskan dan diperkukuh bagi memastikan semua pihak terus memainkan peranan aktif dalam pengurusan serta pengurangan risiko bencana di negara ini.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search