𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐊𝐑𝐄𝐓𝐀𝐑𝐈𝐀𝐓 𝐁𝐖𝐈 𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐊𝐄 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 (𝐏𝐏𝐌) 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐊𝐑𝐄𝐓𝐀𝐑𝐈𝐀𝐓 𝐁𝐖𝐈 𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐊𝐄 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 (𝐏𝐏𝐌) 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 | 𝟏𝟑 - 𝟏𝟒 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
Dua wakil Sekretariat BWI, Seksyen Pembangunan Komuniti dan Sosial, NADMA telah mengadakan lawatan ke tiga (3) Pusat Pendaftaran Mangsa (PPM) di daerah Pendang dan Padang Terap, Kedah yang dibuka susulan kejadian bencana ribut.
Seramai 225 keluarga berjaya dibantu dengan pembukaan PPM sepanjang 2 hari tersebut. Pendaftaran mangsa di PPM Dewan Petunas FELDA Lubuk Merbau melibatkan 13 keluarga; manakala di PPM Masjid At-Ta'awun melibatkan 76 keluarga; PPM Masjid Al Hidayah melibatkan 136 keluarga.
PPM ini dibuka bagi membantu pendaftaran mangsa bencana yang tercicir semasa pembukaan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ketika kejadian bencana berlaku.
Ini bagi memudahkan penyelarasan bantuan dibuat lebih teratur dan menyeluruh melalui Sistem MyIBJKM.
Lawatan ini turut memberi peluang kepada pihak NADMA untuk mengenalpasti masalah, memberi pandangan/cadangan dan meneliti keperluan semasa mangsa ketika mendaftar dan memohon BWI serta memastikan proses pendaftaran dan penyelarasan bantuan kepada mangsa berjalan dengan lancar dan terkawal.
