𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐊𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐅𝐔𝐍𝐆𝐒𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 (𝐒𝐃𝐂𝐂) 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐊𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐅𝐔𝐍𝐆𝐒𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 (𝐒𝐃𝐂𝐂) 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝟏𝟑 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 – 𝟏𝟓 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) NADMA, Datuk Dr. Abdul Gapar Hj.Abu Bakar telah merasmikan Bengkel Pengukuhan Fungsi dan Peranan Pusat Kawalan Bencana Negeri (SDCC) Sabah Tahun 2026 yang dilaksanakan sebagai platform penyelarasan strategik bagi memperkukuh tahap kesiapsiagaan, koordinasi dan keberkesanan pengurusan bencana di Negeri Sabah.
Bengkel ini merupakan kerjasama antara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan (PHEDNP), Jabatan Ketua Menteri Sabah dengan penglibatan pelbagai agensi teknikal serta agensi tindak balas berkaitan pengurusan bencana di negeri Sabah.
Antara fokus utama bengkel adalah memperkukuh penyelarasan operasi, pengurusan laporan situasi (SITREP), perkongsian data dan maklumat bencana, komunikasi antara agensi serta penambahbaikan mekanisme tindak balas bencana secara lebih cekap dan bersepadu.
Bengkel ini turut disusuli dengan lawatan delegasi Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) NADMA ke Pusat Kawalan Bencana Negeri Sabah (SDCC) bagi meninjau pengoperasian pusat kawalan serta memperkukuh kerjasama strategik antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri dalam aspek pengurusan bencana.
