PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

OPERASI PEMBENIHAN AWAN DI NEGERI KEDAH DAN PERLIS

OPERASI PEMBENIHAN AWAN DI NEGERI KEDAH DAN PERLIS | 17 MEI 2026
Β 
πŸ“ Pangkalan Udara Subang
Β 
NADMA meneruskan operasi pembenihan awan di kawasan utara semenanjung bermula dari 17 hingga 19 Mei 2026 sebagai persediaan menghadapi musim MBD yang telah bermula pada 14 Mei 2026 yang lalu.
Β 
Objektif utama OPA diteruskan adalah bagi memastikan kapasiti air di kawasan empangan utama terus meningkat. Seterusnya membolehkan kelangsungan agihan air bagi pengairan untuk sektor pertanian serta kegunaan domestik diteruskan tanpa gangguan.
Β 
OPA hari ini bermula jam 1.55 petang dengan membawa 4 tangki larutan garam. Kawasan sasaran pembenihan awan pada hari ini adalah di sekitar Pulau Langkawi iaitu Empangan Padang Saga dan Empangan Malut disusuli di Empangan Ahning, Pedu dan terakhir di Muda pada jam 3.44 petang. Operasi berakhir pada jam 4.30 petang.
Cerapan radar menunjukkan hujan mula turun di:
Β 
1. sekitar Empangan Padang Saga dan Bukit Malut - jam 3:00 petang hingga 5:00 petang
Β 
2. sekitar Empangan Ahning dan Pedu - jam 4:00 petang hingga 6:00 petang
Β 
3. Empangan Muda - Tiada awan hujan dicerap
Β 
Pelaksanaan OPA hari pertama di kawasan utara pada hari ini berjaya menurunkan hujan di 4 kawasan sasaran OPA sahaja.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search