LATIH AMAL BENCANA UDARA |
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
LATIH AMAL BENCANA UDARA | 14 MEI 2026
Β
Β
YDH Datuk Mazli Mazlan, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi, NADMA telah hadir sebagai Pemerhati Latih Amal Bencana Udara βFull Scale Exerciseβ (FSX) EX-MAHSURI 2026 yang dilaksanakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAB) bagi menguji tahap kesiapsiagaan serta keberkesanan koordinasi antara agensi dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana udara.
Latihan ini melibatkan kerjasama pelbagai agensi kerajaan, Airport Malaysia serta agensi berkaitan di Langkawi berdasarkan Arahan NADMA No.1.
Β
Antara fokus utama latihan adalah memastikan setiap agensi mempunyai prosedur operasi standard (SOP) yang jelas bagi pengendalian bencana udara di LTAB Langkawi.
Latihan seumpama ini penting sebagai langkah kesiapsiagaan tinggi demi memastikan keselamatan rakyat, pelancong dan semua pengguna lapangan terbang sentiasa terjamin.
