PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

๐™„๐™€๐™ ๐™€๐™“๐™€๐™๐˜พ๐™„๐™Ž๐™€ ๐™‹๐™‡๐˜ผ๐™‰๐™‰๐™„๐™‰๐™‚ ๐™Ž๐™€๐™Ž๐™Ž๐™„๐™Š๐™‰ ๐’๐„๐๐€๐†๐€๐ˆ ๐๐„๐‘๐’๐„๐ƒ๐ˆ๐€๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Œ๐€๐’๐ŸŽ๐Ÿ ๐™‹๐™๐™€-๐™„๐™€๐™ ๐™๐™๐™‡๐™‡ ๐™Ž๐˜พ๐˜ผ๐™‡๐™€ ๐™Ž๐™„๐™ˆ๐™๐™‡๐˜ผ๐™๐™„๐™Š๐™‰ ๐™€๐™“๐™€๐™๐˜พ๐™„๐™Ž๐™€ ๐๐€๐’๐”๐Š๐€๐ ๐Œ๐„๐๐‚๐€๐‘๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐Œ๐„๐๐˜๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Š๐‡๐€๐’ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ (๐’๐Œ๐€๐‘๐“) | ๐Ÿ๐Ÿ– ๐‰๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
ย 
๐Ÿ“ Bilik Mesyuarat SMART, Aras 3, Markas SMART, Puchong
ย 
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah mengadakan Sesi ๐˜๐˜Œ๐˜™ Exercise Planning sebagai persediaan ke arah pelaksanaan Program ๐˜”๐˜ˆ๐˜š01 ๐˜—๐˜ณ๐˜ฆ-๐˜๐˜Œ๐˜™ ๐˜๐˜ถ๐˜ญ๐˜ญ ๐˜š๐˜ค๐˜ข๐˜ญ๐˜ฆ ๐˜š๐˜ช๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ญ๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ ๐˜Œ๐˜น๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ค๐˜ช๐˜ด๐˜ฆ yang dijadualkan berlangsung pada 21 hingga 27 Jun 2026, serta ๐˜๐˜•๐˜š๐˜ˆ๐˜™๐˜ˆ๐˜Ž ๐˜Œ๐˜น๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ญ ๐˜™๐˜ฆ๐˜ค๐˜ญ๐˜ข๐˜ด๐˜ด๐˜ช๐˜ง๐˜ช๐˜ค๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ (๐˜๐˜Œ๐˜™) pada 20 hingga 25 September 2026.
ย 
Sesi perbincangan yang dipengerusikan oleh Tuan Addyhanis bin Ahamad, Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi (SPeO), memberi tumpuan kepada penelitian , semakan senario simulasi serta penyelarasan pemain (๐˜ฑ๐˜ญ๐˜ข๐˜บ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด) yang akan terlibat dalam latihan simulasi bersama mentor. Perbincangan turut merangkumi aspek kesiapsiagaan dan koordinasi bagi memastikan setiap komponen latihan dapat dilaksanakan dengan teratur dan berkesan.
ย 
Sesi ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan dalam memperkukuh tahap kesiapsiagaan Pasukan SMART serta memastikan pematuhan kepada piawaian antarabangsa INSARAG menjelang penilaian semula IER 2026. Melalui sesi ini, para pemain berpeluang meneliti dan memahami peranan masing-masing dalam pelbagai komponen simulasi termasuk pengurusan di Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), ๐˜•๐˜‹๐˜”๐˜– ๐˜Š๐˜ฐ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ ๐˜”๐˜ฆ๐˜ฆ๐˜ต๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ, ๐˜“๐˜Œ๐˜”๐˜ˆ ๐˜”๐˜ฆ๐˜ฆ๐˜ต๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ, ๐˜ˆ๐˜ช๐˜ณ๐˜ฑ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ต ๐˜”๐˜ข๐˜ฏ๐˜ข๐˜จ๐˜ฆ๐˜ณ ๐˜”๐˜ฆ๐˜ฆ๐˜ต๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ, ๐˜œ๐˜Š ๐˜”๐˜ฆ๐˜ฆ๐˜ต๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ serta senario penyerahan pengurusan UCC kepada pasukan ๐˜œ๐˜ฏ๐˜ช๐˜ต๐˜ฆ๐˜ฅ ๐˜•๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ด ๐˜‹๐˜ช๐˜ด๐˜ข๐˜ด๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ ๐˜ˆ๐˜ด๐˜ด๐˜ฆ๐˜ด๐˜ด๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ ๐˜Š๐˜ฐ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ (๐˜œ๐˜•๐˜‹๐˜ˆ๐˜Š).
Previous Next

๐Ž๐๐„๐‘๐€๐’๐ˆ ๐๐„๐Œ๐๐„๐๐ˆ๐‡๐€๐ ๐€๐–๐€๐ ๐ƒ๐ˆ ๐’๐€๐๐€๐‡
ย 
NADMA dengan kerjasama MET Malaysia dan TUDM melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) bagi Negeri Sabah mengikut permohonan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah.
Pelaksanaan operasi ini merupakan siri pertama OPA di Sabah bagi tahun 2026 dibuat selama 3 hari bermula 15 sehingga 17 Jun 2026.
ย 
Pelaksanaan OPA di Sabah ini melengkapkan usaha kerajaan untuk memperkukuh kesiapsiagaan negara dalam menghadapi Monsun Barat Daya dan potensi kesan fenomena El Niรฑo kuat yang dijangka mempengaruhi taburan hujan sehingga awal tahun hadapan.
ย 
5 kawasan tumpuan operasi iaitu di Empangan Babagon, Empangan Tenom Pangi, Empangan Cinta Mata,Empangan Kogopon dan Empangan Ulu Padas.
ย 
Operasi ini memberi tumpuan kepada kawasan tadahan air strategik bagi membantu meningkatkan taburan hujan dan mengekalkan paras simpanan air yang diperlukan oleh rakyat.
Kerajaan sentiasa mengambil pendekatan proaktif dan tidak menunggu sehingga sesuatu keadaan menjadi kritikal sebelum tindakan diambil.
Previous Next

๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐๐„๐“๐‘๐Ž๐๐€๐’ ๐†๐€๐’ ๐๐„๐‘๐‡๐€๐ƒ (๐๐†๐) ๐Š๐„ ๐๐€๐ƒ๐Œ๐€ | ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐‰๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
ย 
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi Petronas Gas Berhad (PGB) yang diketuai oleh Tuan M Zakiamani bin M. Nor, Pengarah Kanan (Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran), bertempat di Ibu Pejabat NADMA, Putrajaya. Delegasi tersebut telah disambut oleh Ketua Pengarah NADMA, Tuan Meor Ismail bin Meor Akim.
ย 
Antara perkara yang dibincangkan termasuk aspek kesiapsiagaan dan tindak balas terhadap insiden kebocoran gas, khususnya pelaksanaan Sistem Amaran Awal (๐˜Œ๐˜ข๐˜ณ๐˜ญ๐˜บ ๐˜ž๐˜ข๐˜ณ๐˜ฏ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ ๐˜š๐˜บ๐˜ด๐˜ต๐˜ฆ๐˜ฎ - ๐˜Œ๐˜ž๐˜š) di kawasan berkepadatan penduduk tinggi, serta potensi kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dalam pengurusan risiko bencana.
ย 
Kunjungan ini mencerminkan komitmen berterusan NADMA dan Petronas Gas Berhad dalam memberi nilai tambah kepada pengurusan bencana negara.
Previous Next

๐๐€๐ƒ๐Œ๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐Œ๐˜๐ƒ๐ˆ๐ ๐“๐„๐‘๐Ž๐Š๐€ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€๐’๐€๐Œ๐€ ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐€๐ ๐๐€๐๐“๐”๐€๐ ๐๐„๐๐‚๐€๐๐€ | ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐‰๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
ย 
NADMA hari ini mengadakan sesi perbincangan bersama MYDIN Mohamed Holdings Berhad bagi meneroka potensi kerjasama strategik dalam memperkukuh pengurusan bantuan bencana negara.
ย 
Perbincangan yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah NADMA, Tuan Meor Ismail bin Meor Akim memberi fokus kepada cadangan penyediaan bekalan keperluan asas dan kelengkapan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), selain memperkasakan penggunaan produk tempatan serta keluaran perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam bantuan bencana.
ย 
Kolaborasi ini berpotensi memperkukuh kesiapsiagaan dan penyampaian bantuan yang lebih cekap, berkesan serta memberi manfaat kepada komuniti yang terjejas.
Previous Next

๐Ž๐๐€ ๐™๐Ž๐ ๐“๐ˆ๐Œ๐”๐‘ ๐’๐„๐‹๐„๐’๐€๐ˆ : ๐‹๐€๐๐†๐Š๐€๐‡ ๐€๐–๐€๐‹ ๐‡๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐…๐„๐๐Ž๐Œ๐„๐๐€ ๐„๐‹ ๐๐ˆร‘๐Ž
ย 
Alhamdulillah NADMA telah selesai menyelaras pelaksanaan Operasi Pembenihan Awan (OPA) Zon Timur selama dua (2) hari melibatkan negeri Kelantan dan Terengganu. Operasi ini memberi tumpuan kepada kawasan tadahan air strategik di Empangan Bukit Kwong, Kelantan, Empangan Paya Peda di Terengganu dan Negeri Pahang melibatkan empangan Chereh.
ย 
YBhg. Datuk Dr. Abdul Gapar bin Haji Abu Bakar, TKP(O) NADMA bersama-sama Tuan Ambun Dindang, TKP(O) MET Malaysia turut memantau pelaksanaan opa. Wakil media RTM turut dijemput membuat liputan bagi menyebarluaskan usaha Kerajaan dalam mendepani cabaran cuaca panas.
ย 
Sehingga kini, NADMA telah menyelaras lapan (8ย siri OPA melibatkan 29 penerbangan sejak Februari 2026 meliputi zon utara, selatan, timur serta negeri Sabah dan Sarawak.
Ketika negara sedang berdepan Monsun Barat Daya yang dicirikan oleh cuaca panas dan kering serta peningkatan risiko fenomena El Niรฑo, pelaksanaan OPA merupakan antara langkah mitigasi awal kerajaan bagi membantu meningkatkan taburan hujan, mengekalkan paras takungan air empangan dan mengurangkan kesan cuaca kering yang berpanjangan.
ย 
Operasi ini dilaksanakan melalui kerjasama erat antara NADMA, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam memastikan kesiapsiagaan negara sentiasa berada pada tahap terbaik serta menjamin kelangsungan bekalan air demi kesejahteraan rakyat.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search