πππ πππ πππππ πππππππ : πππππππ ππππ ππππππ π πππππππ ππ ππΓπ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
πππ πππ πππππ πππππππ : πππππππ ππππ ππππππ π
πππππππ ππ ππΓπ
Β
Alhamdulillah NADMA telah selesai menyelaras pelaksanaan Operasi Pembenihan Awan (OPA) Zon Timur selama dua (2) hari melibatkan negeri Kelantan dan Terengganu. Operasi ini memberi tumpuan kepada kawasan tadahan air strategik di Empangan Bukit Kwong, Kelantan, Empangan Paya Peda di Terengganu dan Negeri Pahang melibatkan empangan Chereh.
Β
YBhg. Datuk Dr. Abdul Gapar bin Haji Abu Bakar, TKP(O) NADMA bersama-sama Tuan Ambun Dindang, TKP(O) MET Malaysia turut memantau pelaksanaan opa. Wakil media RTM turut dijemput membuat liputan bagi menyebarluaskan usaha Kerajaan dalam mendepani cabaran cuaca panas.
Β
Sehingga kini, NADMA telah menyelaras lapan (8Β siri OPA melibatkan 29 penerbangan sejak Februari 2026 meliputi zon utara, selatan, timur serta negeri Sabah dan Sarawak.
Ketika negara sedang berdepan Monsun Barat Daya yang dicirikan oleh cuaca panas dan kering serta peningkatan risiko fenomena El NiΓ±o, pelaksanaan OPA merupakan antara langkah mitigasi awal kerajaan bagi membantu meningkatkan taburan hujan, mengekalkan paras takungan air empangan dan mengurangkan kesan cuaca kering yang berpanjangan.
Β
Operasi ini dilaksanakan melalui kerjasama erat antara NADMA, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam memastikan kesiapsiagaan negara sentiasa berada pada tahap terbaik serta menjamin kelangsungan bekalan air demi kesejahteraan rakyat.
