𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝙁𝙄𝙉𝘼𝙇 𝙋𝙇𝘼𝙉𝙉𝙄𝙉𝙂 𝘾𝙊𝙉𝙁𝙀𝙍𝙀𝙉𝘾𝙀 (𝙀𝙋𝘾) 𝙎𝙀𝘼𝙍𝘾𝙃 𝘼𝙉𝘿 𝙍𝙀𝙎𝘾𝙐𝙀 𝙀𝙓𝙀𝙍𝙎𝙄𝘾𝙀 (𝙎𝘼𝙍𝙀𝙓) 𝙈𝘼𝙍𝙄𝙏𝙄𝙈𝙀 𝙈𝘼𝙎𝙎 𝙍𝙀𝙎𝘾𝙐𝙀 𝙊𝙋𝙀𝙍𝘼𝙏𝙄𝙊𝙉 (𝙈𝙈𝙍𝙊) 𝙀𝙓 𝙇𝙄𝙈𝘽𝘼𝙒𝘼𝙉 𝟐𝟎𝟐𝟔
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝙁𝙄𝙉𝘼𝙇 𝙋𝙇𝘼𝙉𝙉𝙄𝙉𝙂 𝘾𝙊𝙉𝙁𝙀𝙍𝙀𝙉𝘾𝙀 (𝙀𝙋𝘾) 𝙎𝙀𝘼𝙍𝘾𝙃 𝘼𝙉𝘿 𝙍𝙀𝙎𝘾𝙐𝙀 𝙀𝙓𝙀𝙍𝙎𝙄𝘾𝙀 (𝙎𝘼𝙍𝙀𝙓) 𝙈𝘼𝙍𝙄𝙏𝙄𝙈𝙀 𝙈𝘼𝙎𝙎 𝙍𝙀𝙎𝘾𝙐𝙀 𝙊𝙋𝙀𝙍𝘼𝙏𝙄𝙊𝙉 (𝙈𝙈𝙍𝙊) 𝙀𝙓 𝙇𝙄𝙈𝘽𝘼𝙒𝘼𝙉 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝟗 – 𝟏𝟎 𝐉𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔
Mesyuarat 𝘍𝘪𝘯𝘢𝘭 𝘗𝘭𝘢𝘯𝘯𝘪𝘯𝘨 𝘊𝘰𝘯𝘧𝘦𝘳𝘦𝘯𝘤𝘦 (𝘍𝘗𝘊) 𝘚𝘦𝘢𝘳𝘤𝘩 𝘢𝘯𝘥 𝘙𝘦𝘴𝘤𝘶𝘦 𝘌𝘹𝘦𝘳𝘤𝘪𝘴𝘦 (𝘚𝘈𝘙𝘌𝘟) 𝘔𝘢𝘳𝘪𝘵𝘪𝘮𝘦 𝘔𝘢𝘴𝘴 𝘙𝘦𝘴𝘤𝘶𝘦 𝘖𝘱𝘦𝘳𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 (𝘔𝘔𝘙𝘖) 𝘌𝘹 𝘓𝘪𝘮𝘣𝘢𝘸𝘢𝘯 Tahun 2026 telah diadakan bagi memperincikan perancangan dan persiapan akhir pelaksanaan 𝘍𝘪𝘦𝘭𝘥 𝘛𝘳𝘢𝘪𝘯𝘪𝘯𝘨 𝘌𝘹𝘦𝘳𝘤𝘪𝘴𝘦 (FTX) bencana maritim berskala besar (Tier 3).
Mesyuarat ini turut menjadi platform penyelarasan dan koordinasi kesiapsiagaan melibatkan semua agensi serta industri yang terlibat dalam pelaksanaan latihan berkenaan. Perbincangan memberi penekanan kepada aspek fungsi, lokasi penugasan serta komunikasi strategik setiap agensi dan industri bagi memastikan pelaksanaan operasi dapat dijalankan secara tersusun, efektif dan bersepadu.
Selain itu, sesi perbincangan turut memberi fokus kepada pengukuhan koordinasi antara agensi berdasarkan 𝘚𝘵𝘢𝘯𝘥𝘢𝘳𝘥 𝘖𝘱𝘦𝘳𝘢𝘵𝘪𝘯𝘨 𝘗𝘳𝘰𝘤𝘦𝘥𝘶𝘳𝘦 (𝘚𝘖𝘗) berkaitan dokumen 𝘕𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭 𝘔𝘢𝘳𝘪𝘵𝘪𝘮𝘦 𝘚𝘦𝘢𝘳𝘤𝘩 𝘢𝘯𝘥 𝘙𝘦𝘴𝘤𝘶𝘦 𝘔𝘢𝘯𝘶𝘢𝘭 (𝘕𝘈𝘔𝘚𝘈𝘙) di peringkat maritim serta Arahan NADMA No.1 di peringkat daratan.
Langkah penambahbaikan turut dibincangkan bagi memperluaskan peranan setiap agensi dan industri melalui pemerkasaan kesiapsiagaan pengurusan bencana di darat selaras dengan pelaksanaan Arahan NADMA No.1.
Turut hadir ke mesyuarat ini ialah DCP Datuk Mazli Mazlan, Pengarah SPO bersama wakil-wakil agensi dan industri berkaitan yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan Ex Limbawan 2026.
