𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀𝐈 𝙍𝙀𝙂𝙄𝙊𝙉𝘼𝙇 𝘾𝘼𝙋𝘼𝘾𝙄𝙏𝙔 𝘽𝙐𝙄𝙇𝘿𝙄𝙉𝙂 𝙊𝙉 𝙄𝙉𝘾𝙇𝙐𝙎𝙄𝙑𝙀 𝙀𝘼𝙍𝙇𝙔 𝙒𝘼𝙍𝙉𝙄𝙉𝙂 𝙈𝙀𝙎𝙎𝘼𝙂𝙄𝙉𝙂
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀𝐈 𝙍𝙀𝙂𝙄𝙊𝙉𝘼𝙇 𝘾𝘼𝙋𝘼𝘾𝙄𝙏𝙔 𝘽𝙐𝙄𝙇𝘿𝙄𝙉𝙂 𝙊𝙉 𝙄𝙉𝘾𝙇𝙐𝙎𝙄𝙑𝙀 𝙀𝘼𝙍𝙇𝙔 𝙒𝘼𝙍𝙉𝙄𝙉𝙂 𝙈𝙀𝙎𝙎𝘼𝙂𝙄𝙉𝙂 | 𝟖 – 𝟏𝟎 𝐉𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) terus memainkan peranan aktif dalam memperkukuh kesiapsiagaan dan penyampaian amaran awal bencana yang lebih inklusif menerusi penyertaan dalam program 𝘙𝘦𝘨𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭 𝘊𝘢𝘱𝘢𝘤𝘪𝘵𝘺 𝘉𝘶𝘪𝘭𝘥𝘪𝘯𝘨 𝘰𝘯 𝘐𝘯𝘤𝘭𝘶𝘴𝘪𝘷𝘦 𝘌𝘢𝘳𝘭𝘺 𝘞𝘢𝘳𝘯𝘪𝘯𝘨 𝘔𝘦𝘴𝘴𝘢𝘨𝘪𝘯𝘨 yang berlangsung di Da Nang, Viet Nam. Program anjuran ASEAN 𝘊𝘰𝘰𝘳𝘥𝘪𝘯𝘢𝘵𝘪𝘯𝘨 𝘊𝘦𝘯𝘵𝘳𝘦 𝘧𝘰𝘳 𝘏𝘶𝘮𝘢𝘯𝘪𝘵𝘢𝘳𝘪𝘢𝘯 𝘈𝘴𝘴𝘪𝘴𝘵𝘢𝘯𝘤𝘦 𝘰𝘯 𝘋𝘪𝘴𝘢𝘴𝘵𝘦𝘳 𝘔𝘢𝘯𝘢𝘨𝘦𝘮𝘦𝘯𝘵 (𝘈𝘏𝘈 𝘊𝘦𝘯𝘵𝘳𝘦) ini menjadi platform penting dalam memperkukuh kerjasama serantau serta meningkatkan keupayaan negara-negara ASEAN dalam menyampaikan mesej amaran awal bencana yang jelas, mudah difahami dan berorientasikan tindakan kepada semua lapisan masyarakat.
Program ini turut memberi penekanan terhadap pendekatan komunikasi risiko yang lebih inklusif khususnya kepada golongan rentan seperti orang kurang upaya (OKU), warga emas, kanak-kanak serta komuniti berisiko tinggi agar setiap mesej amaran awal dapat diterima, difahami dan diambil tindakan dengan berkesan semasa situasi bencana.
Malaysia telah diwakili oleh beberapa agensi yang terlibat secara langsung dalam pengurusan bencana dan penyampaian amaran awal iaitu En. Muhammad Haydal Muhammad Shukeri daripada NADMA, Puan Nazian Zainal Abidin daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Puan Muzliana Ramli daripada Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) serta En. Xilas Ngang Wei Xiang daripada 𝘊𝘳𝘪𝘴𝘪𝘴 𝘙𝘦𝘭𝘪𝘦𝘧 𝘚𝘲𝘶𝘢𝘥 𝘰𝘧 𝘔𝘊𝘈 (CRSM). Program ini turut menghimpunkan seramai 70 peserta terdiri daripada wakil Agensi Pengurusan Bencana Negara (NDMO) ASEAN, Agensi Meteorologi dan Hidrologi Kebangsaan, Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah, Organisasi Masyarakat Sivil, Sekretariat ASEAN serta pelbagai organisasi antarabangsa termasuk UNDRR, WMO, ITU, IFRC dan UNICEF.
