๐๐๐๐ ๐๐๐๐: ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
๐๐๐๐ ๐๐๐๐: ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐
ย
PULAU PINANG, 2 September 2026 โ Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) terus memperkukuh perkongsian pengetahuan dan kerjasama strategik dalam pengurusan bencana menerusi penyertaan dalam ๐๐ข๐ญ๐ข๐บ๐ด๐ช๐ข ๐๐ข๐ฅ๐ช๐ข๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ ๐๐ณ๐ฐ๐ต๐ฆ๐ค๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ ๐๐ฐ๐ฏ๐ง๐ฆ๐ณ๐ฆ๐ฏ๐ค๐ฆ (๐๐๐๐) 2026 anjuran Persatuan Pelindung Sinaran Malaysia (MARPA) yang berlangsung dari 1 hingga 4 September 2026 di Hotel St. Giles Wembley, Pulau Pinang. Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi NADMA, Dr. Ajantha Segarmurthy, dijemput menyampaikan taklimat bertajuk โ๐๐บ๐ฏ๐ฆ๐ณ๐จ๐ช๐ป๐ช๐ฏ๐จ ๐๐ข๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ๐ข๐ญ ๐๐ช๐ด๐ข๐ด๐ต๐ฆ๐ณ ๐๐ฆ๐ด๐ช๐ญ๐ช๐ฆ๐ฏ๐ค๐ฆ: ๐๐ฏ๐ฉ๐ข๐ฏ๐ค๐ช๐ฏ๐จ ๐๐๐๐ด ๐ข๐ฏ๐ฅ ๐๐ถ๐ญ๐ต๐ช-๐๐จ๐ฆ๐ฏ๐ค๐บ ๐๐ฐ๐ฐ๐ณ๐ฅ๐ช๐ฏ๐ข๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ ๐ง๐ฐ๐ณ ๐๐ถ๐ค๐ญ๐ฆ๐ข๐ณ ๐ข๐ฏ๐ฅ ๐๐ข๐ฅ๐ช๐ฐ๐ญ๐ฐ๐จ๐ช๐ค๐ข๐ญ ๐๐ฎ๐ฆ๐ณ๐จ๐ฆ๐ฏ๐ค๐ช๐ฆ๐ดโ yang memberi pendedahan mengenai kepentingan penambahbaikan SOP serta penyelarasan pelbagai agensi dalam menghadapi kecemasan nuklear dan radiologi.
ย
Penyertaan NADMA dalam MRPC 2026 mencerminkan komitmen berterusan NADMA dalam memperluas perkongsian kepakaran, memperkukuh kerjasama antara agensi serta meningkatkan kesiapsiagaan dan daya tahan negara dalam menghadapi situasi kecemasan dan bencana yang kompleks.
ย
Persidangan ini turut menjadi platform perkongsian perkembangan terkini, amalan terbaik, teknologi serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang perlindungan, keselamatan dan sekuriti radiasi.
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ (๐๐๐) ๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ | ๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ (๐๐๐) ๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ | ๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐
ย
ย
Satu Operasi Pembenihan Awan (OPA) khas telah diselaraskan oleh NADMA dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) dan Skuadron 20 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pangkalan Udara Subang sekitar jam 11.45 pagi tadi.
ย
Penerbangan membawa 4 tangki larutan garam mensasarkan pembenihan awan pada di sekitar kawasan Lembah Klang sebagaimana ๐๐ฐ๐ต๐ช๐ค๐ฆ ๐ต๐ฐ ๐๐ช๐ณ๐ฎ๐ฆ๐ฏ(๐๐๐๐๐) yang dikeluarkan oleh CAAM.
Operasi ini diadakan berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) PM2.5 melebihi 150 (berstatus jerebu) dalam tempoh 24 jam (28 - 29 Ogos) di kawasan tersebut.
Kebarangkalian terhasilnya hujan di kawasan sasaran dalam tempoh 24 jam ini adalah antara 40% sehingga 60% namun bergantung kepada atmosfera semasa.
ย
Operasi Pembenihan Awan (OPA) yang diselaraskan oleh NADMA diharapkan dapat membantu mengurangkan impak jerebu yang sedang melanda sekaligus dapat memperbaiki kualiti udara di kawasan terjejas.
Semoga sambutan Hari Kebangsaan esok dapat diraikan dalam keadaan yang lebih selesa dan selamat.
ย
Turut hadir dalam operasi, Encik Ambun Dindang, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) MET Malaysia dan PPj.(PA) Mulliadi Al-Hamdi bin Ladin, Timbalan Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi, NAD
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐
ย
SABAH, 27 Ogos 2026 โ Usaha memulihkan nadi perhubungan komuniti yang terjejas akibat bencana di Kampung Kaiduan, Papar kini diperkukuh menerusi projek pemasangan Jambatan Keluli Bermodular (Bailey Bridge). Projek ini digerakkan atas inisiatif YAB Datoโ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri, bagi memastikan penduduk memperoleh semula akses perhubungan yang selamat dan berterusan.
ย
Sebagai tindakan susulan, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datoโ Meor Ismail Meor Akim, mengetuai lawatan ke tapak projek bagi meninjau kemajuan pemasangan jambatan tersebut. Beliau turut menerima taklimat daripada Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah dan Ketua Kampung Kaiduan mengenai status pelaksanaan serta keperluan penduduk setempat.
Jambatan sepanjang 91.44 meter yang melibatkan 30 bay itu berkeupayaan menampung beban sehingga 20 tan. Apabila siap, kemudahan tersebut dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 1,000 penduduk dari lima kampung yang bergantung pada laluan berkenaan untuk urusan harian.
ย
Pemulihan akses ini penting bagi memastikan pergerakan penduduk, penyaluran bantuan serta penyampaian perkhidmatan asas dapat diteruskan dengan lebih lancar selepas laluan berkenaan terjejas akibat banjir pada 13 September 2025.
ย
Pelaksanaan projek ini mencerminkan keselarasan antara inisiatif kepimpinan Kerajaan Persekutuan dengan tindakan susulan NADMA, Kerajaan Negeri Sabah dan agensi teknikal dalam mempercepat pemulihan infrastruktur serta memperkukuh daya tahan komuniti terhadap bencana.
๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐/๐๐๐๐: ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐/๐๐๐๐: ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
ย
PUTRAJAYA, 26 Ogos 2026 โ Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) terus memperkukuh perkongsian pengetahuan dan kefahaman berkaitan pengurusan bencana menerusi penyertaan dalam Kursus Sarjana Sains Sosial (Pengajian Pertahanan) Siri 46/2026 anjuran Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) yang berlangsung di Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS), Putrajaya. Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi NADMA, Dr. Ajantha Segarmurthy, dijemput menyampaikan taklimat bertajuk โ๐๐ช๐ด๐ข๐ด๐ต๐ฆ๐ณ ๐๐ข๐ฏ๐ข๐จ๐ฆ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ต ๐ช๐ฏ ๐๐ข๐ญ๐ข๐บ๐ด๐ช๐ขโ sebagai sebahagian daripada Modul SKST 6504 ๐๐ณ๐ช๐ด๐ช๐ด, ๐๐ฐ๐ฏ๐ง๐ญ๐ช๐ค๐ต ๐ข๐ฏ๐ฅ ๐๐ข๐ณ ๐๐ต๐ถ๐ฅ๐ช๐ฆ๐ด.
ย
Kursus tersebut disertai 60 peserta terdiri daripada pegawai kanan ATM, PDRM, APMM, PTD serta pegawai kanan tentera dari beberapa negara. Taklimat yang disampaikan memberi pendedahan mengenai pengurusan bencana di Malaysia, termasuk peranan NADMA dan pendekatan penyelarasan dalam menghadapi situasi krisis dan kecemasan. Penyertaan ini mencerminkan komitmen berterusan NADMA dalam memperluas perkongsian ilmu, memperkukuh kefahaman antara agensi serta meningkatkan kesiapsiagaan dan keupayaan pengurusan bencana secara bersepadu.
KONTINJEN NADMA SERTAI PERARAKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW 1448H/2026M
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
KONTINJEN NADMA SERTAI PERARAKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW 1448H/2026M
ย
Kontinjen Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah menyertai perbarisan sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1448H/2026M yang turut dihadiri oleh YBhg. Datoโ Meor Ismail bin Meor Akim, Ketua Pengarah NADMA.
ย
Bertemakan โMADANI Dihayati, Ummah Diberkatiโ, sambutan ini menjadi wadah untuk memperkukuh penghayatan terhadap sirah, akhlak dan sunnah Rasulullah SAW dalam membentuk masyarakat yang saling menghormati, prihatin dan bersatu padu.
ย
Semoga semangat Maulidur Rasul terus menyuburkan nilai-nilai murni dalam setiap amanah yang digalas, khususnya dalam memberikan khidmat terbaik kepada rakyat serta memperkukuh kesiapsiagaan dan daya tahan masyarakat dalam menghadapi bencana.
