Sesi Kunjungan Hormat The Phillipine Disaster Risk Reduction and Management Council Ke Atas Ketua Pengarah NADMA
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
25 Jun 2024 - Telah berlangsung Sesi Kunjungan Hormat The Phillipine Disaster Risk Reduction and Management Council Ke Atas YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA di Ibu Pejabat NADMA, Putrajaya.
Kunjungan hormat Delegasi Filipina diketuai oleh Irene B. Dumlao, Assistant Secretary for Office of the Secretary (OSEC) Concerns and Disaster Response and Management Group (DRMG) and Department’s Official Spokesperson, Department of Social Welfare and Development (DSWD) yang turut diiringi oleh 17 pegawai dari pelbagai jabatan dan wakil Kedutaan Filipina di Malaysia.
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk mempelajari selok-belok pengurusan bencana di Malaysia dan peranan NADMA dalam mengkoordinasi pengurusan bencana dan pengurangan risiko bencana di Malaysia. Selain itu, kedua-dua negara turut bertukar-tukar pandangan berhubung mekanisme pengurusan bencana di negara masing-masing yang melibatkan keseluruhan kitaran pengurusan bencana.