Apabila amaran bencana dikeluarkan, setiap saat amat berharga. Tindakan pantas dalam tempoh lima minit pertama mampu mengurangkan risiko, melindungi diri serta menyelamatkan nyawa.
Segera capai beg siaga, bawa dokumen penting, telefon bimbit dan pengecas, pastikan semua ahli keluarga berkumpul, serta tutup bekalan elektrik dan gas sekiranya diarahkan. Berpindahlah ke lokasi selamat atau Pusat Pemindahan Sementara (PPS) apabila diarahkan dan sentiasa ikuti maklumat rasmi daripada NADMA, MET Malaysia serta pihak berkuasa.
Gempa bumi boleh berlaku tanpa amaran dan menyebabkan kerosakan, kecederaan serta kehilangan nyawa. Oleh itu, ketahui langkah keselamatan bagi melindungi diri dan orang di sekeliling.
Kekal tenang, amalkan prinsip 𝘋𝘳𝘰𝘱, 𝘊𝘰𝘷𝘦𝘳, 𝘏𝘰𝘭𝘥 𝘖𝘯 (Tunduk, Lindung, Pegang), jauhi tingkap dan objek yang boleh tumbang. Selepas gegaran berhenti, keluar melalui tangga ke kawasan terbuka dan ikuti arahan pihak berkuasa.
KENALI GEMPA BUMI
- Admin UKK
- Infografik dan Poster
Gempa bumi berlaku apabila tenaga di dalam kerak Bumi dilepaskan secara tiba-tiba, menyebabkan gegaran pada permukaan bumi. Kejadian ini boleh mengakibatkan kerosakan harta benda, gangguan perkhidmatan, kecederaan, kehilangan nyawa serta berpotensi mencetuskan tsunami jika berlaku di dasar laut.
Sentiasa bersedia dengan mengetahui langkah keselamatan, menyediakan kit kecemasan dan mematuhi maklumat serta arahan daripada pihak berkuasa demi keselamatan diri, keluarga dan komuniti.
MBD - GELOMBANG HABA
- Admin UKK
- Infografik dan Poster
Gelombang haba berlaku apabila suhu meningkat ke tahap luar biasa dan berterusan selama beberapa hari melebihi kebiasaan sesuatu kawasan. Keadaan ini boleh menyebabkan risiko seperti dehidrasi, strok haba, keletihan melampau serta menjejaskan aktiviti harian, alam sekitar dan kesejahteraan masyarakat.
Peka terhadap tanda-tanda gelombang haba dan ambil tindakan awal seperti minum air secukupnya, kurangkan aktiviti di bawah terik matahari serta lindungi diri dan keluarga daripada pendedahan haba melampau.
Amaran cuaca dikeluarkan sebagai langkah awal untuk membantu orang ramai bersedia menghadapi risiko bencana seperti hujan lebat, ribut, banjir dan angin kencang. Mengabaikan amaran ini boleh meningkatkan risiko kepada keselamatan diri, keluarga serta harta benda.
