YBhg Ketua Pengarah Bersama Pihak Pengurusan NADMA Menziarahi Keluarga Allahyarhamah Pbt (PA) Nor Hezlina Nazrin
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
YBhg Ketua Pengarah bersama pihak pengurusan NADMA menziarahi keluarga Allahyarhamah Pbt (PA) Nor Hezlina Nazrin di Kanchong Darat yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya awal pagi semalam.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
JEREBU BUKAN SEKADAR MASALAH UDARA
Jerebu bukan sahaja menjejaskan kualiti udara, malah boleh memberi kesan kepada kesihatan, aktiviti harian, pendidikan serta keselamatan dan pergerakan. Keadaan ini memerlukan perhatian dan tindakan yang sewajarnya, terutama apabila bacaan kualiti udara semakin merosot.
Orang ramai disaran sentiasa memantau bacaan kualiti udara, mengehadkan aktiviti fizikal di luar dan memilih aktiviti di dalam bangunan apabila keadaan tidak mengizinkan. Pastikan ruang dalaman mempunyai pengudaraan yang baik dan gunakan pelitup muka yang sesuai apabila berada di luar.
