KENALI TAHAP INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU)
Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu indikator yang membantu kita mengetahui tahap kualiti udara di sesuatu kawasan. Setiap tahap IPU menunjukkan keadaan pencemaran yang berbeza dan memerlukan perhatian serta tindakan yang bersesuaian.
Daripada tahap Baik, Sederhana, Tidak Sihat, Sangat Tidak Sihat hingga Berbahaya, semakin tinggi bacaan IPU, semakin tinggi risiko pencemaran udara terhadap kesihatan. Oleh itu, penting untuk kita memahami maksud setiap tahap agar dapat mengambil langkah berjaga-jaga pada masa yang sesuai.
Masyarakat disaran sentiasa menyemak bacaan IPU melalui sumber rasmi, peka terhadap perubahan kualiti udara dan mengurangkan pendedahan apabila keadaan udara tidak baik, khususnya bagi golongan yang lebih berisiko.
JEREBU & MONSUN BARAT DAYA 2026: FAHAMI SITUASI, AMBIL TINDAKAN
Musim Monsun Barat Daya membawa cuaca yang lebih kering dan kurang hujan, sekali gus meningkatkan risiko jerebu, titik panas dan kebakaran terbuka.
-Pantau bacaan IPU dan ramalan cuaca melalui sumber rasmi.
-Kurangkan aktiviti luar jika kualiti udara tidak sihat.
-Elakkan pembakaran terbuka yang boleh memburukkan keadaan jerebu.
Kesiapsiagaan bermula dengan maklumat yang tepat. Semak, faham dan bertindak demi keselamatan bersama.
Monsun Barat Daya lazimnya membawa keadaan cuaca yang lebih panas dan kering, sekali gus boleh meningkatkan risiko jerebu, kebakaran serta kemerosotan kualiti udara.
Dalam menghadapi keadaan ini, kerjasama dan kesiapsiagaan semua agensi amat penting bagi memastikan pemantauan, penyampaian maklumat, nasihat kesihatan, aspek keselamatan serta tindakan di lapangan dapat diselaraskan dengan pantas dan berkesan.
Masyarakat pula disaran sentiasa peka terhadap keadaan semasa dan mendapatkan maklumat daripada agensi berkaitan. Rujuk sumber rasmi sebelum bertindak dan elakkan menyebarkan maklumat yang belum disahkan.
Maklumat yang tepat membantu kita membuat tindakan yang tepat. Kesiapsiagaan bermula dengan kita.
Maklumat yang tidak sahih boleh menimbulkan kekeliruan dan kebimbangan dalam kalangan masyarakat, lebih-lebih lagi ketika berdepan situasi bencana, jerebu dan perubahan cuaca.
Sebelum mempercayai atau berkongsi sesuatu maklumat, pastikan kesahihannya melalui sumber rasmi. Elakkan menyebarkan dakwaan berkaitan keadaan jerebu, penutupan sekolah atau bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) yang belum disahkan oleh pihak berkuasa.
Jadilah masyarakat yang bijak dalam menerima dan berkongsi maklumat. Rujuk sumber rasmi seperti MyEQMS, JAS dan MET Malaysia untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan terkini.
