Program Kesiapsiagaan Pengurusan Risiko Gempa Bumi Berasaskan Komuniti (CBDRM) Daerah Segamat
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Program Kesiapsiagaan Pengurusan Risiko Gempa Bumi Berasaskan Komuniti (CBDRM) Daerah Segamat | 20 September 2025 | Dewan Masjid Bandar Segamat, Johor
Β
Telah berlangsung Program Kesiapsiagaan Pengurusan Risiko Gempa Bumi Berasaskan Komuniti (CBDRM) Daerah Segamat yang disempurnakan oleh YBrs. Tuan Hj. Hussain Moh, Timbalan Ketua Pengarah Pasca Bencana NADMA dengan ucapan aluan yang menekankan kepentingan kesiapsiagaan komuniti dalam menghadapi ancaman gempa bumi.
Β
Program ini disertai seramai 100 orang peserta daripada kalangan komuniti setempat yang melibatkan DUN Buloh Kasap dan DUN Pemanis bersama penyertaan agensi-agensi teknikal, pasukan tindak balas bencana serta NGO.
Β
Program ini selari dengan Dasar Pengurangan Risiko Bencana Negara 2030 serta Kerangka Sendai 2015β2030, yang menekankan penglibatan menyeluruh masyarakat dalam kesiapsiagaan bencana. Objektif penganjuran adalah untuk meningkatkan kesedaran, memberi pendedahan amali kepada komuniti, serta memperkasakan kepimpinan setempat dalam membina ketahanan masyarakat terhadap ancaman gempa bumi.
