PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

LATIH AMAL PENGURUSAN BENCANA SONGKHLA/ KEDAH | 27 Jun 2024 | VISTA HOTEL SADAO, THAILAND
 
Konsep Latih Amal ini diadakan secara TTX. Senario adalah mengenai kebocoran gas berhampiran sempadan Malaysia-Thailand dengan melibatkan elemen lintas sempadan bagi memberi bantuan aset menyelamat Malaysia ke Thailand. Seterusnya, para peserta dibawa melawat ke kawasan saluran paip gas TTM yang terletak selari dan merentas sempadan Thailand-Malaysia. Seramai 60 peserta terdiri daripada kakitangan Petronas TTM (M) dan TTM (T) Ltd serta wakil-wakil agensi penyelamat dari Thailand (Daerah Songkhla) dan Malaysia (Kedah).
Previous Next

KUNJUNGAN HORMAT MJC DMWG KE ATAS CHIEF OF TMBCO DI KEM SENANARONG | 26 Jun 2024 | SONGKHLA, THAILAND
 
Kunjungan hormat ini diadakan bersempena dengan Latih Amal Pengurusan Bencana Songkhla/Kedah yang telah diadakan pada 27 Jun 2024 di The Vista Hotel, Sadao, Thailand. Tujuan lawatan adalah bagi merapatkan hubungan baik dengan TMBCO yang banyak membantu dalam keurusetiaan terutama melibatkan aktiviti DMWG. Seramai 11 orang delegasi daripada Malaysia telah hadir yang di ketuai oleh YBrs. En Addyhanis bin Ahamad, Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi NADMA merangkap Pengerusi Bersama DMWG.
Previous Next

SG BULOH, 27 Jun 2024 - Telah berlangsung Majlis Penyerahan Jambatan Keluli Bermodular (Bailey Bridge) yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Jumlah jambatan keluli bermodular yang diserahkan adalah 5 (lima) unit yang terdiri daripada 60 unit kontena. 4 (empat) unit telah ditempatkan di Depot Tindak Balas Kemanusiaan Negara (DTBKN) Sungai Buloh, Selangor dan 1 (satu) unit lagi akan ditempatkan di Kem Desa Pahlawan, Kelantan.
 
Keperluan perolehan jambatan keluli bermodular ini adalah untuk meningkatkan kesiagaan dalam menghadapi dan menangani bencana. Proses perolehan jambatan ini telah mendapat kerjasama baik daripada agensi-agensi yang mempunyai kepakaran teknikal dalam pengoperasian Jambatan Keluli Bermodular iaitu Rejimen Askar Jurutera Darat (RAJD) dan Jabatan Kerja Raya (JKR). Agensi-agensi ini turut terlibat menghadiri Ujian Penerimaan Akhir/ Final Acceptance Test (FAT) yang telah bermula pada 23 Jun dan akan berakhir pada 2 Julai 2024 di DTBKN.
 
Tujuan FAT ini ialah untuk menerangkan teori, prosedur dan kaedah pemasangan serta peleraian jambatan keluli bermodular yang betul kepada anggota-anggota yang terlibat. Seramai 100 petugas FAT terdiri daripada NADMA, SMART, DSP (Depot Simpanan Pertahanan), RAJD dan JKR.
Previous Next

KUNJUNGAN HORMAT MJC DMWG KE TJC DMWG DI PEJABAT DISASTER PREVENTION AND MITIGATION (DPMR), REGION 12 | 25 Jun 2024 | SONGKHLA, THAILAND
 
Kunjungan hormat ini diadakan bersempena dengan Latih Amal Pengurusan Bencana Songkhla/Kedah yang akan diadakan pada 27 Jun 2024 di The Vista Hotel, Sadao, Thailand. Seramai 11 orang delegasi daripada Malaysia telah hadir yang di ketuai oleh YBrs. En Addyhanis bin Ahamad, Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi NADMA merangkap Pengerusi Bersama DMWG.
 
Seterusnya, taklimat berkaitan pengoperasian DPMR turut diberikan kepada delegasi Malaysia dan dibawa melawat aset-aset bantuan operasi DPMR serta beramah mesra dengan staf-staf DPMR. Turut dilaksanakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Gabenor Songkhla atas jemputan beliau selaku mantan TJC DMWG.
 
Previous Next

MESYUARAT PRE EXERCISE DMWG SONGKHLA/ KEDAH BERSAMA PETRONAS TTM(T) LTD | 24 Jun 2024 | CHANA, THAILAND
 
Mesyuarat ini bertujuan sebagai persiapan awal kepada Latih Amal Songkhla/ Kedah yang akan diadakan pada 27 Jun 2024 di The Vista Hotel, Sadao. Seramai 15 orang delegasi daripada Malaysia telah hadir yang di ketuai oleh YBrs. En Addyhanis bin Ahamad, Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi NADMA. Antara agensi lain yang hadir ialah Polis DiRaja Malaysia IPK Kedah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah, Jabatan Kastam DiRaja Malaysia Negeri Kedah, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah dan Majlis Keselamatan Negara Negeri Kedah. Selain itu, para peserta juga turut dibawa melawat ke Pusat Kawalan Keselamatan dan bilik gerakan TTMT Chana.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search