PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

22 Julai 2024 - Telah berlangsung sesi naziran agihan aset serta barangan bantuan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) oleh Seksyen Logistik NADMA di Negeri Kedah. Turut dihadiri YBrs. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) NADMA dan YDH. DCP Datuk Mazli bin Mazlan, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi NADMA.
 
Sesi perbincangan dan naziran ini adalah bagi mendapatkan gambaran sebenar situasi sewaktu di lapangan ketika beberapa episod banjir sepanjang Monsun Timur Laut (MTL) 2023/2024.
 
Naziran ini melibatkan sesi pengauditan data inventori dan penyimpanan fizikal aset-aset bantuan, serta turut merangkumi sesi perbincangan bersama pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana di setiap Negeri, terutamanya Pengerusi (Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri), Komander Operasi Bencana Negeri (PDRM Negeri), Sekretariat (APM Negeri), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri dan Jabatan Kerja Raya selaku Agensi Peneraju Kumpulan Kerja Sokongan Logistik.
Previous Next

20 Julai 2024 - Program Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Peringkat Lanjutan Negeri Pahang telah diadakan di Campsite Lubuk Semak, Ulu Dong, Raub, Pahang. NADMA telah berkongsi mengenai Mekanisma Pengurusan Bencana Negara dan Program Pengurusan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti (CBDRM) kepada 50 peserta yang terdiri dari kalangan belia dan pelajar IPT dari Negeri Pahang.

Previous Next

SESI LIBAT URUS NADMA BERSAMA KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2024: MESYUARAT PENYELARASAN PERUNTUKAN BENCANA NADMA DAN SISTEM DGIM
AYER KEROH | 18 JULAI 2024

Telah berlangsung Sesi Libat Urus NADMA Mesyuarat Penyelarasan Peruntukan Bencana NADMA dan Sistem DGIM yang bertujuan untuk:

(i) Mengenal pasti dan mendapatkan maklum balas mengenai garis panduan tatacara pemberian BWI dan garis panduan tatacara perbelanjaan peruntukan pengoperasian bencana MTL yang telah diperkenalkan semasa sesi jerayawara tahun 2023 bagi persediaan MTL 2023/2024;

(ii) Memantau peruntukan bantuan bencana dan pengurusan pengoperasian bencana MTL 2023/2024 serta lain-lain perbelanjaan di bawah NADMA;

(iii) Memberi penjelasan mengenai permohonan senarai penerima bantuan bencana untuk dikemaskini dalam Sistem e-Pasca di bawah NADMA;

(iv) Mendapatkan status perbelanjaan pembaikan dan naik taraf PPS dan pembinaan PPKB

(v) Mendapatkan senarai NGO yang telah berdaftar di bawah Rakan NADMA di setiap negeri; dan

(vi) Memperkenalkan Sistem DGIM bagi tujuan pelaporan perbelanjaan bantuan bencana dan pengurusan pengoperasian MTL 2023/2024 secara bulanan, pelaporan profil daerah dan negeri, pelaporan pergerakan NGO di lapangan.

Previous Next

MESYUARAT JAWATANKUASA PENYELARASAN BERSAMA NADMA DAN SUK JOHOR BAGI PELANCARAN BULAN KESIAPSIAGAAN NASIONAL (BKN) TAHUN 2024 BIL.2/2024 | 18 Julai 2024 | Kota Tinggi, Johor
 
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs, En Hussain Bin Moh, Timbalan Ketua Pengarah Pasca Bencana NADMA serta Pegawai Daerah Kota Tinggi selaku hos. Mesyuarat ini juga turut di hadiri oleh Agensi-Agensi Negeri dan Daerah di Negeri Johor bagi membincangkan kos peruntukkan Program BKN 2024 di Kota Tinggi.
Previous Next

Consultation Meeting with ASCC Department of the ASEAN Secretariat on Preparations for Malaysia’s 2025 ASEAN Chairmanship | 16 Julai 2024 | Le Meridien, Putrajaya
 
Sesi ini telah dihadiri oleh YBrs. Encik Rusli bin Ibrahim, Pengarah (Dasar) NADMA selaku wakil Malaysia dalam ASEAN Committee on Disaster Management (ACDM). Sesi ini diketuai oleh YBrs. Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) MOTAC yang merupakan kementerian yang bertanggungjawab sebagai "Focal Point" Malaysia bagi ASEAN Socio-Cultural Community Council (ASCC) dan di pihak Sekretariat ASEAN, sesi dihadiri oleh Deputy Secretary-General of ASEAN for ASEAN Socio-Cultural Community.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search