PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

19 Ogos 2024 - Telah berlangsung sesi taklimat dan lawatan Ahli Jawatankuasa Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian dan Pemantauan Projek Malaysia Emergency Response Services (MERS) 999 ke Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC).
 
Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan, selain menjadi platform perkongsian dan perbincangan isu-isu berkaitan pengurusan bencana serta ’best practices’ dalam pengurusan bencana yang diamalkan di NADMA.
 
Taklimat berkenaan pengoperasian NDCC dan sistem Defence Geospatial Information Management (DGIM) dalam pengurusan bencana disampaikan oleh En. Nazaruddin bin Shaarai, Pengarah NDCC.
Previous Next

KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA (NADMA) KE ATAS KETUA PENGARAH JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM) | 19 Ogos 2024 | Ibu Pejabat JUPEM, Kuala Lumpur
 
Kunjungan hormat ini diadakan bertujuan untuk membincangkan berkenaan kerjasama antara NADMA dan JUPEM dalam Pengurusan Bencana selain mengutarakan beberapa cadangan penambahbaikan.
 
Kunjungan hormat ini turut disertai oleh En. Nazaruddin bin Sharaai, Pengarah Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC); Brig. Jen. Dato' Pahlawan Sr Dr Mohd Zambri Bin Mohamad Rabab, Pengarah Bahagian Geospatial Pertahanan; Kol. Norazlin Binti Pamuji, Timbalan Pengarah Bahagian Geospatial Pertahanan dan Lt Muhammad Hafidzuddin Bin Mohd Norzalan, Penolong Pengarah Seksyen Perkhidmatan Geo-Dataraya.
Previous Next

KUNJUNGAN HORMAT BAHAGIAN PENGURUSAN KRISIS DAN INSIDEN PETRONAS KE AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA (NADMA) | 14 Ogos 2024 | Ibu Pejabat NADMA, Putrajaya
 
Sesi Kunjungan hormat ini dipengerusikan oleh YBrs. En Meor Ismail bin Meor Akim, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) NADMA. Turut hadir dalam sesi kunjungan hormat ini ialah En. Addyhanis bin Ahamad, Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi dan DCP Datuk Mazli bin Mazlan, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi. Delegasi PETRONAS diketuai oleh En. Mohd Farid Nazri, Ketua Pengurusan Krisis dan Kecemasan, Encik Khairul Anuar bin A. Rahman, Puan Suzanna Razali Chan, Puan Siti Hawa binti Basri dan Puan Sapura binti Baharen.
 
Kunjungan hormat ini bertujuan memaklumkan hasil kerjasama PETRONAS dan NADMA dalam mengadakan 7 siri Bengkel Pengurusan Bencana di seluruh negara pada 2023-2024. Siri bengkel tersebut adalah merupakan fasa pertama kerjasama untuk seterusnya menghasilkan SOP khas sinergi pengurusan bencana negara dengan Emergency Response Plan Installation PETRONAS.
Previous Next

MESYUARAT PENYELARASAN LATIH AMAL (TABLE TOP EXERCISE) BENCANA EMPANGAN (EMPANGAN BATU DAN KLANG GATES) TAHUN 2024 | 12 Ogos 2024 | Ibu Pejabat NADMA, Putrajaya
 
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBhg. En Meor Ismail bin Meor Akim, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) NADMA dan ianya dilaksanakan bagi penyelarasan latih amal bencana empangan yang melibatkan agensi, jabatan dan badan korporat peringkat Kerajaan Negeri dan Persekutuan di Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang akan berlangsung pada 21 hingga 23 Ogos 2024.
 
Turut hadir YDH DCP Datuk Mazli bin Mazlan, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi dan YBhg. En Addyhanis bin Ahamad, Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi.
Previous Next

ASEAN Disaster Management Training Institute Network Workshop | 6 hingga 8 Ogos 2024 | Bogor, Indonesia
 
Bengkel ini telah dihadiri oleh ahli-ahli ASEAN Committee Disaster Management of Working Group on Global Leadership (ACDM WG on GL) yang terdiri daripada negara-negara anggota ASEAN dan turut dihadiri oleh negara Timor Leste sebagai pemerhati.
 
Bengkel ini bertujuan untuk menyediakan pelan pembangunan bagi penubuhan Rangkaian Institut Latihan Pengurusan Bencana ASEAN (Train-NET), termasuk pembangunan Terma Rujukan (TOR) Train-NET, garis panduan operasi, pelan kerja dan garis masa aktiviti-aktiviti di bawah Train-NET.
 
Bengkel ini mensasarkan penubuhan Train-NET yang akan dijadikan platform serantau dalam latihan dan pembangunan kapasiti untuk pengurangan risiko bencana, kesiapsiagaan dan tindak balas bencana di rantau ASEAN. Train-NET juga akan menjadi penyelaras dan pemudahcara bagi program-program pembangunan kapasiti dan perkongsian pelbagai kemahiran di peringkat National Disaster Management Organisation (NDMO) selaku focal point pengurusan bencana dan lain-lain agensi yang berkaitan di dalam dan luar ASEAN.
 
Bengkel ini dihadiri oleh Penolong Pengarah Kanan Seksyen Dasar dan Perancangan NADMA dan Ketua SHU B SMART selaku wakil ACDM Malaysia.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search