PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Pemantauan 24 jam mampu bantu mangsa banjir di Sabah, Sarawak

Pemantauan 24 jam mampu bantu mangsa banjir di Sabah, Sarawak

KOTA BHARU - Bantuan segera dapat dilakukan kepada mangsa banjir di Sabah dan Sarawak melalui pemantauan 24 jam di Pusat Gerakan Operasi Kebombaan Kebangsaan (PGOK) yang berpangkalan di Putrajaya.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Ir Ahmad Izram Osman berkata, maklumat berkaitan akan terus disalurkan kepada pegawai dan anggota penyelamat di lokasi terbabit.

Menurutnya, tindakan segera anggota dan pegawai di PGOK akan memudahkan pergerakan untuk operasi menyelamat mangsa.

"JBPM antara agensi awal menerima maklumat termasuk kejadian tanah runtun di Miri selain hujan lebat di Bintulu dan kita boleh melihat secara langsung lokasi kejadian ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Sumbangan Kebajikan Persatuan Kebajikan Dengan Kerjasama Biro Kebajikan Perisma JBPM pada Isnin.

Jelas beliau, jabatan itu turut mendapat kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) yang bertindak sebagai koordinator ketika operasi menyelamat mangsa di Sabah dan Sarawak.

Ahmad Izram memberitahu, bomba tidak mengalami masalah membabitkan logistik dalam operasi berkenaan dan semua peralatan mencukupi.

Tambah beliau, semua kemudahan menyelamat menggunakan logistik sedia ada di dua negeri berkenaan tanpa melibatkan negeri di semenanjung.

Dalam pada itu katanya, semua aset yang dikumpulkan di negeri pantai barat belum dipulangkan kerana masih bimbang berlaku luruan bencana banjir yang mungkin memberi kesan kepada negeri terbabit termasuk Kelantan.

"Kita masih bersiap sedia dengan logistik seperti lori dan bot hingga pertengahan Mac depan," katanya.

Pada majlis berkenaan seramai 11 waris anggota bomba yang meninggal dunia sama ada kemalangan ketika bekerja atau sakit turut menerima sumbangan wang tunai.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search