PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

MTL 2026/2027: LEBIH 100,000 ANGGOTA, 8,321 PPS SIAP SIAGA HADAPI BENCANA

MTL 2026/2027: LEBIH 100,000 ANGGOTA, 8,321 PPS SIAP SIAGA HADAPI BENCANA
Puchong, 30 Oktober - Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Perdana Menteri memperkukuh kesiapsiagaan negara menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2026/2027 dengan penyelarasan seramai 101,901 anggota pelbagai agensi, 2,425 bot penyelamat dan 8,321 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di seluruh negara.
Persiapan ini dikongsikan dalam Sesi Libat Urus Bersama Media yang berlangsung di Markas SMART, Pulau Meranti, Puchong, dengan penyertaan 150 peserta terdiri daripada pengamal media serta wakil agensi teknikal, keselamatan, penyelamat dan kebajikan.
Sebanyak 8,321 PPS disediakan dengan kapasiti menempatkan sehingga 1.9 juta mangsa, manakala peruntukan RM7 juta disediakan bagi pengoperasian bencana. Persediaan turut merangkumi 60,000 kit makanan dan 170,000 pek makanan sedia dimakan bagi memenuhi keperluan mangsa sekiranya berlaku banjir.
Melalui kerjasama strategik antara agensi kerajaan dan pengamal media, NADMA terus komited memastikan maklumat amaran awal, risiko cuaca dan langkah keselamatan disampaikan secara tepat, sahih dan berkesan agar rakyat sentiasa berwaspada serta bersedia menghadapi sebarang kemungkinan bencana.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search