𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀–𝐏𝐄𝐓𝐑𝐎𝐍𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐀𝐏𝐒𝐈𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐑𝐈𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀–𝐏𝐄𝐓𝐑𝐎𝐍𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐀𝐏𝐒𝐈𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐑𝐈𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀
CYBERJAYA, 27 Oktober 2026 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dengan kerjasama PETRONAS telah menganjurkan program Natural Disaster Management Committee (NDMC) Engagement 2026 yang menghimpunkan 40 pegawai pengurusan bencana PETRONAS. Program ini bertujuan memperkukuh jaringan kerjasama serta meningkatkan keupayaan pengurusan krisis dan bencana industri.
Menerusi program ini, MyCEDM, SMART, Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) dan Seksyen Mitigasi NADMA telah berkongsi pengetahuan serta pengalaman berkaitan kesiapsiagaan, peranan NADMA dan pengurangan risiko bencana. Para peserta turut melawat NDCC dan Pusat Simulasi Bencana bagi memahami dengan lebih mendalam keupayaan pemantauan, pelaporan dan penyelarasan pengurusan bencana negara.
