PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

ππ€πƒπŒπ€β€“πŒπ„π‘π‚π˜ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ πŠπ„π‘π‰π€π’π€ πƒπ€π‹π€πŒ πŒπˆπ’πˆ πŠπ„πŒπ€ππ”π’πˆπ€π€π 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀

ππ€πƒπŒπ€β€“πŒπ„π‘π‚π˜ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ πŠπ„π‘π‰π€π’π€ πƒπ€π‹π€πŒ πŒπˆπ’πˆ πŠπ„πŒπ€ππ”π’πˆπ€π€π 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah mengadakan sesi perbincangan bersama MERCY Malaysia yang diketuai oleh Presiden, Datuk Dr. Ahmad Faizal Mohd Perdaus. Sesi ini diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pasca Bencana) NADMA, Dato’ Hussain bin Moh, bagi meneroka peluang kerjasama strategik dalam memperkukuh misi kemanusiaan, bantuan kepada mangsa bencana serta kesiapsiagaan komuniti menghadapi bencana.
NADMA turut menghargai komitmen dan inisiatif MERCY Malaysia, khususnya dalam penyediaan Kit Respons Kecemasan kepada komuniti terjejas akibat jerebu di Lembah Klang, Sarawak dan Johor, terutama golongan rentan. NADMA komited untuk terus mempererat kerjasama bersama MERCY Malaysia dan Rakan NADMA dalam memperluas misi kemanusiaan serta program advokasi bagi meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti terhadap bencana. Sesi ini turut dihadiri oleh pegawai kanan daripada NADMA dan MERCY Malaysia.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search