PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

LAWATAN BAHAGIAN PENGURUSAN BENCANA, PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN (SUK) NEGERI KELANTAN KE PUSAT KAWALAN BENCANA NEGARA (NDCC) | 9 Ogos 2024 | PUSAT KAWALAN BENCANA NEGARA (NDCC)
 
Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan, selain menjadi platform perkongsian dan perbincangan isu-isu berkaitan pengurusan bencana serta ’best practices’ dalam pengurusan bencana yang diamalkan di NADMA.
 
Seramai 16 orang pegawai terdiri daripada Timbalan SUK (Pengurusan) Negeri Kelantan selaku Ketua Rombongan, Pengarah dan Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Bencana Negeri, Pengarah dan Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Negeri, wakil APM Negeri, Jurugeopatial Bahagian Koordinasi dan Program Khas, Pegawai-Pegawai Pembangunan Sosio-Ekonomi Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu, Gua Musang, Pasir Puteh, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Tumpat, Bachok dan Jeli.
 
Deligasi diberi taklimat berkenaan pengoperasian NDCC dan sistem Defence Geospatial Information Management (DGIM) dalam pengurusan bencana oleh En. Nazaruddin bin Shaarai, Pengarah NDCC. Seterusnya, sesi perkongsian bersama Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang akan disampaikan oleh PgKB I Mohd Khairul bin Jamil, Komander SMART.
Previous Next

Mesyuarat Penyelarasan Kesiapsiagaan Bencana Tanah Runtuh Ranau, Sabah Tahun 2024 | 8 Ogos 2024 | Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Jabatan Ketua Menteri, Kota Kinabalu, Sabah.
 
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Hj. Ag Shahminan bin Datuk Ag Sahari, Setiausaha Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan dan telah dihadiri oleh YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Encik Wan Marhafidz Shah bin Wan Mohd Omar, Pengarah Seksyen Mitigasi, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan wakil agensi yang berkaitan.
 
Mesyuarat ini antara lain bagi membincangkan keputusan-keputusan yang telah dipersetujui semasa Mesyuarat Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Bil.1/2024 di Ranau pada 27 Jun 2024 dan sesi Taklimat Kejadian Bencana dan Laporan Kewangan di Sandakan Tahun 2024 kepada YAB Timbalan Perdana Menteri pada 21 Julai 2024 ekoran daripada kejadian runtuhan di lereng Gunung Kinabalu pada 23 dan 24 Jun 2024.
Previous Next

8 Ogos 2024 - Telah berlangsung sesi perbincangan antara Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) dan Seksyen ICT NADMA bersama Jabatan Digital Negara (JDN) berhubung penyaluran amaran bencana dalam Gerbang Perkhidmatan Digital Bersepadu Kerajaan (GPDBK). GPDBK merupakan aplikasi yang disediakan oleh JDN bagi membolehkan rakyat mendapatkan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh Kerajaan. Amaran bencana merupakan salah satu perkhidmatan yang disediakan oleh GPDBK.

Previous Next

PELAKSANAAN NAZIRAN PENGGUNAAN DAN AGIHAN BANTUAN KESIAPSIAGAAN AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA (NADMA) SEWAKTU MONSUN TIMUR LAUT (MTL) 2023/2024 SERTA SESI PERBINCANGAN BAGI KOORDINASI DAN PENEMPATAN JAMBATAN KELULI BERMODULAR (BAILEY BRIDGE) DI SABAH
 
7 Ogos 2024 - Sesi perbincangan dan naziran telah dilaksanakan oleh Seksyen Logistik bagi mendapatkan gambaran sebenar situasi sewaktu di lapangan ketika beberapa episod banjir sepanjang Monsun Timur Laut (MTL) 2023/2024. Naziran ini melibatkan sesi pengauditan data inventori dan penyimpanan fizikal aset-aset bantuan, serta turut merangkumi sesi perbincangan bersama pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana di setiap Negeri, terutamanya Pengerusi (Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri), Komander Operasi Bencana Negeri (PDRM Negeri), Sekretariat (APM Negeri), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri dan Jabatan Kerja Raya selaku Agensi Peneraju Kumpulan Kerja Sokongan Logistik.
 
8 Ogos 2024 - Sesi perbincangan bagi Koordinasi dan Penempatan Jambatan Keluli Bermodular di Sabah ini telah dipengerusikan oleh En. Zamakhshari bin Hanipah, Timbalan Ketua Pengarah (DASAR) yang diadakan di Kem Lok Kawi, Sabah. Turut dihadiri En. Mohd Khairi bin Abd. Ghani, Pengarah Seksyen Logistik NADMA, DCP Datuk Mazli bin Mazlan, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi NADMA, wakil-wakil daripada Angkatan Pertahanan Awam (APM) Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Sabah, Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD), Jabatan Kerja Raya (JKR) HQ dan Sabah. Tujuan perbincangan ini diadakan adalah bagi mendapatkan pandangan untuk menempatkan sebanyak 3 unit Bailey Bridge (36 Kontena) untuk negeri Sabah.
Previous Next

BENGKEL PENGURUSAN BENCANA ALAM SEKITAR PERINGKAT JABATAN KESIHATAN NEGERI SELANGOR TAHUN 2024 | 6-8 Ogos 2024 | JOHOR BAHRU, JOHOR
 
Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan anggota kesihatan tentang konsep pengurusan bencana di Malaysia dan memperkasakan kemahiran anggota kesihatan dalam pengurusan dan kesiapsiagaan dalam menghadapi bencana alam sekitar selaras dengan Dasar Mekanisme Arahan Keselamatan Negara (MKN) No. 20.
 
Dr Ajantha A/P Segarmurthy, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi NADMA dijemput untuk memberi ceramah bertajuk Sistem Pengurusan Bencana di Malaysia: Dasar Dan Mekanisme Arahan MKN No. 20.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search