PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

Sabah Emergency Response & Coordination Workshop (SA-COORD) | 9 hingga 11 Julai 2024 | Kota Kinabalu, Sabah
 
Sabah Emergency Response & Coordination Workshop (SA-COORD) adalah sebuah inisiatif yang dirancang untuk memperhebat kesiapsiagaan sukarelawan NGO di Sabah dalam menghadapi bencana. Program ini dianjurkan oleh RED A Humanitarian Development Global dengan sokongan dana yang kukuh daripada Yayasan Telekom Malaysia, bertujuan memperkasakan sukarelawan NGO dengan pengetahuan dan kemahiran yang amat penting.
 
Kolaborasi yang erat dengan agensi kerajaan seperti NADMA, MKN Sabah, dan Bahagian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah menjadikan program ini lebih mantap dan berkesan. Peserta program terdiri daripada agensi kerajaan dan sukarelawan NGO yang bergiat aktif dalam misi bantuan bencana di seluruh Sabah, menjadikan mereka sebagai wira dalam usaha membantu mangsa bencana. Melalui sesi latihan yang komprehensif ini, para sukarelawan akan dilengkapi dengan kemahiran praktikal dan pengetahuan yang mendalam, memastikan mereka lebih bersedia dan cekap dalam menangani situasi bencana luar jangka.
Previous Next

Mesyuarat Dua Hala Kali Ke-3 antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Brunei Darussalam | 2 hingga 5 Julai 2024 | Pulau Pinang
 
YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA dan YM Kol. (B) Muhd Harrith Rashidi bin Haji Muhd Jamin, Pengarah Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) Brunei Darussalam telah mempengerusikan bersama Mesyuarat Dua Hala Kali Ke-3 di bawah Memorandum Persefahaman (MOU) antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Brunei Darussalam Mengenai Kerjasama Dalam Bidang Pengurusan Bencana.
 
Di pihak Malaysia, mesyuarat ini turut dihadiri oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Penasihat Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (PUU JPM), Jabatan Premier Sarawak dan Unit Pengurusan Bencana (UPB), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
 
Mesyuarat dua hala pada kali ini antara lain telah membincangkan lebih lanjut penubuhan jawatankuasa kerja pengurusan bencana (Disaster Management Working Group – DMWG) di bawah MOU sedia ada yang bertujuan antara lain sebagai mekanisme bagi memudah cara gerak kerja rentas sempadan Malaysia-Brunei Darussalam ketika berlakunya bencana untuk membolehkan bantuan disegerakan serta meneliti kesesuaian platform pelaporan pelaksanaannya ke peringkat yang lebih tinggi.
 
Selain itu, turut diadakan sesi lawatan ke Bilik Pemantauan Pengurusan Bencana Negeri Pulau Pinang bagi mendengar taklimat pengurusan bencana yang disampaikan oleh Puan Ambika Devi a/p Daran, Ketua Unit UPB, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Previous Next

28 Jun 2024 - Telah berlangsung Sesi Kunjungan Hormat oleh Encik Hamdan Abd Rahman, Ketua Jabatan Keselamatan & Pentadbiran dan delegasi daripada Sapura Energy ke atas YBrs. En Meor Ismail bin Meor Akim, Timbalan Ketua Pengarah Operasi NADMA di Ibu Pejabat NADMA, Putrajaya. Turut hadir YBrs. En Rusli bin Ibrahim, Pengarah Seksyen Dasar dan Perancangan, En Muhammad Ridzuan bin Zawawi, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi dan En Rosli bin Shaari, Seksyen Penyelarasan Operasi.

Previous Next

28 Jun 2024 - Telah berlangsung Sesi Kunjungan Hormat oleh TYT Naiyl M. Latypov, Duta Besar Persekutuan Rusia ke atas YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA di Ibu Pejabat NADMA, Putrajaya. Turut hadir YBrs. En Meor Ismail bin Meor Akim, Timbalan Ketua Pengarah Operasi NADMA, YBrs. En Rusli bin Ibrahim, Pengarah Seksyen Dasar dan Perancangan, En Muhammad Ridzuan bin Zawawi, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi , Pn Nor Faeza binti Sabari, Ketua Unit Komunikasi Korporat dan PgKB Mohd Khairul bin Jamil, Komander SMART.
 
Previous Next

LATIH AMAL PENGURUSAN BENCANA SONGKHLA/ KEDAH | 27 Jun 2024 | VISTA HOTEL SADAO, THAILAND
 
Konsep Latih Amal ini diadakan secara TTX. Senario adalah mengenai kebocoran gas berhampiran sempadan Malaysia-Thailand dengan melibatkan elemen lintas sempadan bagi memberi bantuan aset menyelamat Malaysia ke Thailand. Seterusnya, para peserta dibawa melawat ke kawasan saluran paip gas TTM yang terletak selari dan merentas sempadan Thailand-Malaysia. Seramai 60 peserta terdiri daripada kakitangan Petronas TTM (M) dan TTM (T) Ltd serta wakil-wakil agensi penyelamat dari Thailand (Daerah Songkhla) dan Malaysia (Kedah).
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search