Misi menghantar barangan bantuan ke kawasan-kawasan yang terjejas akibat bencana banjir yang disebabkan oleh Siklon Tropika Trami
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
28 Oktober 2024 - Susulan daripada Nota Diplomatik yang dihantar oleh Kerajaan Filipina kepada Kedutaan Malaysia di Manila pada 24 Oktober yang lepas, Malaysia telah menawarkan kepada Filipina satu pesawat udara bagi tujuan menghantar barangan bantuan ke kawasan-kawasan yang terjejas akibat bencana banjir yang disebabkan oleh Siklon Tropika Trami.
Mari sama-sama kita doakan agar segala usaha bantuan yang diberikan dapat membantu meringankan beban mangsa-mangsa yang terjejas.
Penyertaan ke Mesyuarat Ke-12 Asean Ministerial Meeting on Disaster Management (AMMDM)
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
PENYERTAAN KE MESYUARAT KE-12 ASEAN MINISTERIAL MEETING ON DISASTER MANAGEMENT (AMMDM), MESYUARAT KE-13 CONFERENCE OF THE PARTIES TO THE ASEAN AGREEMENT ON DISASTER MANAGEMENT AND EMERGENCY RESPONSE (COP TO THE AADMER), MESYUARAT KE-4 ASEAN MINISTERIAL MEETING ON DISASTER MANAGEMENT PLUS CHINA (AMMDM PLUS CHINA), MESYUARAT KE-4 ASEAN MINISTERIAL MEETING ON DISASTER MANAGEMENT PLUS JAPAN (AMMDM PLUS JAPAN) DAN MESYUARAT KE-3 ASEAN MINISTERIAL MEETING ON DISASTER MANAGEMENT PLUS REPUBLIC OF KOREA (AMMDM PLUS ROK) | 24 OKTOBER 2024 | BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM
Delegasi Malaysia telah diketuai oleh YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah selaku ahli AMMDM Malaysia dengan diiringi oleh YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA selaku ahli ACDM Malaysia. Mesyuarat ini juga turut dihadiri oleh TYT Datuk Mohd Aini bin Atan, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, En. Rusli bin Ibrahim, Pengarah Seksyen Dasar dan Perancangan NADMA serta En. Aiman Na’im bin Muhammad Razif, Penolong Pengarah Seksyen Dasar dan Perancangan NADMA.
Kehadiran YAB Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah ke mesyuarat-mesyuarat ini dapat meningkatkan imej negara di peringkat serantau dan antarabangsa khususnya dalam menerajui usaha-usaha pengurangan risiko bencana dan tindak balas bantuan kemanusiaan akibat bencana. Ia juga penting dalam memastikan kepentingan negara dalam semua isu yang dibincangkan dapat dipelihara dan dipertahankan selaras dengan keutamaan dan dasar semasa negara.
Latih Amal & Simulasi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bagi Tahun 2024
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
LATIH AMAL & SIMULASI PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA (PPS) ANJURAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM) BAGI TAHUN 2024 | 9 OKTOBER 2024 HINGGA 11 NOVEMBER 2024 | SELURUH NEGERI
Sedang berlangsung Latih Amal & Simulasi PPS yang dijalankan di setiap negeri dimana sebanyak 15 siri yang telah berlangsung dan mempunyai baki lagi 7 siri yang akan diselesaikan. Seksyen Pembangunan dan Komuniti Sosial NADMA telah ditugaskan untuk menyampaikan siri-siri taklimat berkaitan Bantuan Wang Ihsan (BWI) dan Pengurangan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti (CBDRM) bersama petugas-petugas yang bertugas di PPS dan sukarelawan JKM dalam Program Latih Amal dan Simulasi Bencana di setiap Negeri ini. Seramai 1,500 peserta yang telah menyertai program ini. Semoga program ini akan dapat memberikan pemahaman yang lebih mendalam kepada petugas-petugas semasa bertugas di lapangan nanti.
Majlis Penyerahan Aset Khemah TM Tactical Shelters Beserta Kelengkapan Kepada Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Selangor
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
24 Oktober 2024 - Telah berlangsung majlis penyerahan aset khemah TM Tactical Shelters beserta kelengkapan kepada Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Selangor di Dataran SUK, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Penyerahan ini dibuat bagi tujuan kesiapsiagaan menghadapi bencana yang telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Amirudin bin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor.
Turut dihadiri wakil daripada NADMA ialah Encik Mohd Khairi bin Abd. Ghani, Pengarah Seksyen Logistik. Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor telah selesai membuat perolehan sebanyak tiga (3) buah khemah TM Tactical Shelters beserta kelengkapan sebagai Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) bagi penyelarasan operasi yang lebih efektif dan efisien.
Latihan Field Training Exercise (FTX) Bencana Tanah Runtuh Negeri Sabah Tahun 2024
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
LATIHAN FIELD TRAINING EXERCISE (FTX) BENCANA TANAH RUNTUH NEGERI SABAH TAHUN 2024 | 24 OKTOBER 2024 | KUNDASANG, SABAH
Telah berlangsung Latihan Field Training Exercise (FTX) Bencana Tanah Runtuh di Kundasang, Sabah yang melibatkan penyertaan lebih daripada 300 peserta daripada pelbagai agensi tindak balas, teknikal, sokongan, bantuan dan pemulihan serta pihak media. Antara lokasi kejadian yang terlibat di dalam latihan FTX kali ini adalah SMK Kundasang, Dewan Masyarakat Ranau, Kampung Lembah Permai, serta kawasan Timpohon Kinabalu Park.
Secara keseluruhannya, latihan FTX Bencana Tanah Runtuh ini telah berjaya mencapai objektif termasuklah dalam meningkatkan tahap kesiapsiagaan agensi-agensi serta badan sukarela yang terlibat dalam pengurusan bencana selain dapat menambah baik prosedur tetap operasi (PTO) yang sedia ada.