PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

24 Oktober 2024 - Telah berlangsung majlis penyerahan aset khemah TM Tactical Shelters beserta kelengkapan kepada Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Selangor di Dataran SUK, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Penyerahan ini dibuat bagi tujuan kesiapsiagaan menghadapi bencana yang telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Amirudin bin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor.
 
Turut dihadiri wakil daripada NADMA ialah Encik Mohd Khairi bin Abd. Ghani, Pengarah Seksyen Logistik. Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor telah selesai membuat perolehan sebanyak tiga (3) buah khemah TM Tactical Shelters beserta kelengkapan sebagai Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) bagi penyelarasan operasi yang lebih efektif dan efisien.
Previous Next

LATIHAN FIELD TRAINING EXERCISE (FTX) BENCANA TANAH RUNTUH NEGERI SABAH TAHUN 2024 | 24 OKTOBER 2024 | KUNDASANG, SABAH
 
Telah berlangsung Latihan Field Training Exercise (FTX) Bencana Tanah Runtuh di Kundasang, Sabah yang melibatkan penyertaan lebih daripada 300 peserta daripada pelbagai agensi tindak balas, teknikal, sokongan, bantuan dan pemulihan serta pihak media. Antara lokasi kejadian yang terlibat di dalam latihan FTX kali ini adalah SMK Kundasang, Dewan Masyarakat Ranau, Kampung Lembah Permai, serta kawasan Timpohon Kinabalu Park.
 
Secara keseluruhannya, latihan FTX Bencana Tanah Runtuh ini telah berjaya mencapai objektif termasuklah dalam meningkatkan tahap kesiapsiagaan agensi-agensi serta badan sukarela yang terlibat dalam pengurusan bencana selain dapat menambah baik prosedur tetap operasi (PTO) yang sedia ada.
Previous Next

LATIHAN TABLETOP EXERCISE (TTX) DAN FIELD TRAINING EXERCISE (FTX) BENCANA TANAH RUNTUH NEGERI SABAH TAHUN 2024 | 25 OKTOBER 2024 | HOTEL PERKASA KUNDASANG, SABAH
 
Telah berlangsung Majlis Penutupan Latihan Tabletop Exercise (TTX) dan Field Training Exercise (FTX) Bencana Tanah Runtuh yang telah disempurnakan oleh Tuan Rizan Bin Abram, wakil Setiausaha Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan.
 
 
Turut hadir YBrs. En Meor Ismail Bin Meor Akim, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pelaksanaan Operasi NADMA, DCP Datuk Mazli Bin Mazlan, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi NADMA serta Tuan Tinus bin Manggam, Pegawai Daerah Ranau.
Previous Next

EUROPEAN CBRN CENTRE OF EXCELLENCE PROJECT 98 REGIONAL KICKOFF CONFERENCE: STRENGTHENING CBRN MEDICAL EMERGENCY PREPAREDNESS AND RESPONSE IN SOUTHEAST ASIA, KUALA LUMPUR | 22 HINGGA 24 OKTOBER 2024 | SHERATON IMPERIAL HOTEL, KUALA LUMPUR
 
Persidangan ini adalah inisiatif daripada The European Union Chemical, Biological, Radiological and Nuclear Risk Mitigation Centres of Excellence (EU CBRN CoE). Persidangan kali ini telah dihadiri oleh Dr Ajantha Segarmurthy, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi NADMA.
 
Persidangan ini bertujuan untuk mengukuhkan kesiapsiagaan dan tindak balas kecemasan perubatan CBRN di negara-negara Asia Tenggara bagi meminimumkan kesan kesihatan selepas insiden, krisis dan bencana. Hasil persidangan ini seterusnya akan dijadikan sumber rujukan bagi pihak EU CBRN CoE dalam membangunkan dan melaksanakan projek tersebut berdasarkan keperluan negara-negara anggota.
Previous Next

Persidangan dan Bengkel “Developing Policy Framework Capacity in the Field of Social Security After Natural Disasters (SECAND Project/2023-TURPOVER-205)” | 22 & 23 Oktober 2024 | Ankara, Turkiye
 
Persidangan dan bengkel ini merupakan kerjasama di bawah Committee for Economic and Commercial Cooperation (COMCEC) of the Organization of the Islamic Cooperation (OIC). Wakil dari NADMA yang telah hadir ialah Encik Mohd Faizal bin Ab. Hamid, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Pembangunan dan Komuniti Sosial.
 
COMCEC merupakan organisasi di bawah OIC yang berpusat di Turkiye dan merupakan medium utama kerjasama ekonomi dan komersial pelbagai hala dunia Islam. COMCEC bertindak sebagai forum utama untuk membincangkan masalah pembangunan antara negara OIC seperti agenda pembasmian kemiskinan, keterjaminan makanan, kewangan dan perdagangan.
 
Persidangan dan bengkel ini telah dihadiri oleh seramai 120 orang peserta dari pelbagai negara serta merupakan platform penting berkaitan pembinaan komuniti mapan pasca bencana. Perkongsian pengalaman bagi pihak Malaysia dalam sesi ini mengukuhkan peranan Malaysia sebagai ahli OIC dalam pengurusan bencana yang mapan merentasi topik-topik utama seperti COVID-19, Flood 2014, 2021, Post Disaster Rehabilitation, Built Back Better, Social Challenges and Disaster Insurance.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search