PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Mangsa banjir di Gedong terima bantuan bakul makanan

Mangsa banjir di Gedong terima bantuan bakul makanan

GEDONG, 7 Feb: Seramai 23 ketua isi rumah (KIR) yang terkesan akibat banjir di Daerah Gedong menerima bantuan bakul makanan daripada Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong, di sini, baru-baru ini.

Menurut laporan UKAS pada Khamis, sumbangan tersebut disampaikan oleh Wakil Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong, Dato Sri Naroden Majais kepada mangsa banjir yang berdepan kesukaran akibat bencana tersebut.

Antara kampung yang menerima bantuan ialah Kampung Datuk Patinggi Muai, Kampung Sungai Girang, Kampung Spaoh dan Kampung Gumpey.

Bakul makanan yang diagihkan mengandungi barangan keperluan asas bagi membantu meringankan beban penduduk yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.

Turut hadir Penyelaras Tugas Khas di Pejabat Premier Sarawak Japar Mustapha, Pegawai Daerah Gedong Tamida Da’adi serta Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat Zon Gedong Proper.

Bantuan ini diharap dapat memberikan kelegaan kepada penduduk yang masih dalam proses pemulihan selepas bencana banjir melanda kawasan mereka. – TVS

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search