34th International Conference of the Red Cross and Red Crescent (ICRCRC)
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
34th International Conference of the Red Cross and Red Crescent (ICRCRC) | 28 hingga 31 Oktober 2024 | Geneva International Conference Center (CICG), Switzerland
Persidangan ini telah dianjurkan oleh pihak International Federation of Red Cross and Red Crescent Societies (IFRC) dan International Committee of the Red Cross (ICRC).
Delegasi daripada pihak Kerajaan Malaysia telah diketuai oleh YBhg. Dato’ Nadzirah binti Osman, Ambassador and Permanent Representative, Permanent Mission of Malaysia to the United Nations (UN), Geneva, Switzerland manakala delegasi daripada pihak Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) diketuai oleh YM Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mua’dzam Shah, Pengerusi Kebangsaan BSMM yang merupakan Pengerusi bagi persidangan ICRCRC ini.
Delegasi daripada pihak Kerajaan Malaysia terdiri daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang telah diwakili oleh YBrs. Encik Hussain bin Moh, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Pasca Bencana selaku Ketua Delegasi Ganti, wakil daripada Jabatan Peguam Negara dan Permanent Mission of Malaysia to the UN, Geneva. Persidangan ini telah diadakan setiap empat (4) tahun sekali bagi mengumpulkan 196 buah Negara Pihak kepada Konvensyen 1949. Tema persidangan pada tahun ini ialah “Navigate Uncertainty, Strengthen Humanity”.
INSARAG Asia Pacific (AP) Regional Meeting 2024 | 28 & 29 Oktober 2024 | Islamabad, Pakistan
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh En Addyhanis bin Ahamad, Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi NADMA bersama PgKB I Mohd Khairul bin Jamil, Komander Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) serta 2 orang pegawai SMART, DSP Safrizan bin Suhaini dan PgKB II Mohamad Hafiezul Abdul Halim.
Mesyuarat kali ini telah meneliti 8 tema perbincangan berkait kepimpinan dan tadbir urus serta global strategy 2025-2030 bagi memastikan rantau AP kekal bersedia dan utuh mendepani cabaran berkaitan bencana. Selain itu, semasa sesi perbincangan INSARAG Strategic Plan 2021-2026 berlangsung, DSP Safrizan Suhaini telah diberi tanggungjawab selaku moderator bagi tajuk Quality Standard manakala PgKB II Mohamad Hafiezul Abdul Halim selaku note taker bagi tajuk Flexible Response.
Nama Malaysia dan Pasukan SMART telah disebut secara khusus mendapat pujian semasa mesyuarat ini atas kecemerlangan dan kepimpinan yang ditunjukkan dalam AP Earthquake Response Exercise yang telah diadakan di Lahore pada 24 hingga 26 Oktober lalu.
Sehubungan dengan itu, keterampilan pegawai dan kepimpinan Pasukan SMART ketika latihan tersebut berlangsung telah dijadikan contoh agar semua negara di rantau AP bersedia sekiranya diangkat selaku USAR Coordination Officer dalam mana-mana operasi yang dihadiri. NADMA yang tidak lagi asing dalam komuniti INSARAG AP diharapkan agar terus memainkan peranan penting dalam menyokong aktiviti dan kecemerlangan INSARAG rantau AP agar setanding dengan rantau Eropah.
Rakan NADMA Disaster Emergency Excercise (RANDEX) 2024 | 27 Oktober 2024 | Bukit Fraser, Pahang
Majlis perasmian program RANDEX 2024 telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Abdul Raof bin Zahari, Timbalan Pengarah Seksyen Pembangunan Komuniti dan Sosial yang mewakili Ketua Pengarah NADMA. RANDEX 2024 telah melibatkan kerjasama strategik antara NADMA dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) bersama Yayasan Telekom Malaysia, Red A serta ResK.
ASIA PASIFIC EARTHQUAKE RESPONSE EXERCISE (AP-ERE) 2024 | 21 hingga 26 Oktober 2024 | Lahore, Pakistan
Penglibatan seramai 2 orang pegawai dari Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang bertindak sebagai Exercise Controller (EXCON) dan seramai 4 orang pegawai yang menyertai Asia Pacific Earthquake Response Exercise (AP-ERE) yang telah diketuai oleh Insp. Abdullah bin Ahmad Sobri.
Pasukan SMART telah mendapat perhatian dan pujian kerana telah mempamerkan kredibiliti dan kecemerlangan dalam mengetuai USAR Coordination Cell (UCC) oleh PPgB Muhammad Luqman dan Sector Coordination Cell(SCC) oleh Insp Abdullah. Pasukan SMART juga telah menjadi contoh kepada pasukan penyelamat lain terutamanya pasukan yang belum mendapat pengiktirafan INSARAG.
Selain itu, Pasukan SMART juga turut serta dalam sesi perkongsian yang disampaikan oleh PPgB Muhammad Luqman selaku UCC Officer AP-ERE. Penyertaan Pasukan SMART telah meningkatkan imej Malaysia di peringkat antarabangsa dan juga seiring dengan persiapan dalam menghadapi pengiktirafan semula INSARAG (IER) Pasukan SMART pada 2026.
Penyertaan ke Asean Commemoration of The 20th Year of The Indian Ocean Tsunami
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
PENYERTAAN KE ASEAN COMMEMORATION OF THE 20TH YEAR OF THE INDIAN OCEAN TSUNAMI, COMMEMORATION OF ASEAN DAY FOR DISASTER MANAGEMENT (ADDM) 2024, INTERNATIONAL DAY OF DISASTER RISK REDUCTION 2024, DAN TREE PLANTING BY ALL MINISTERS AND HEAD OF DELEGATES FROM ASEAN MEMBER STATES, TIMOR LESTE, SECRETARY-GENERAL OF ASEAN, CHINA, JAPAN, REPUBLIC OF KOREA, DELEGATES FROM ASEAN MEMBER STATES AND REPRESENTATIVES FROM EUROPEAN UNION, ASEAN SECRETARIAT AND AHA CENTRE | 25 OKTOBER 2024 | TAMAN MAHKOTA JUBLI EMAS, BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM
Majlis ini telah dihadiri oleh menteri-menteri yang bertanggungjawab berkaitan pengurusan bencana (ahli AMMDM) dan ketua-ketua agensi pengurusan bencana (ahli ACDM) daripada semua negara anggota ASEAN dan lain-lain Rakan Luar ASEAN.
Delegasi Malaysia telah diketuai oleh YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah selaku ahli AMMDM Malaysia dengan diiringi oleh YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA selaku ahli ACDM Malaysia. Majlis ini juga turut dihadiri oleh TYT Datuk Mohd Aini bin Atan, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, En. Rusli bin Ibrahim, Pengarah Seksyen Dasar dan Perancangan NADMA serta En. Aiman Na’im bin Muhammad Razif, Penolong Pengarah Seksyen Dasar dan Perancangan NADMA.
Majlis ini telah diadakan bagi memperingati peristiwa bencana besar tsunami yang melanda ASEAN 20 tahun yang lalu, pemeteraian ASEAN Agreement on Disaster Management and Emergency Response (AADMER) dan lain-lain perkembangan dalam pengurusan bencana sejak peristiwa tersebut.