PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

KKM sediakan bekalan ubat sementara kepada mangsa banjir di PPS

KKM sediakan bekalan ubat sementara kepada mangsa banjir di PPS

BINTULU, 6Feb: Pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memastikan mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) mendapat bantuan perubatan khususnya mereka yang kehilangan bekalan ubat akibat bencana kali ini.

Pegawai Perubatan, Dr Nasa Fazira Mahmud berkata, pasukannya ditempatan di PPS bagi membolehkan mangsa mendapat bekalan ubat sementara.

Menurutnya, ramai mangsa kehilangan ubat-ubatan serta buku rekod perubatan mereka akibat banjir.

Oleh itu katanya, pihak KKM bertindak dengan memeriksa kembali rekod mereka dan membekalkan ubat sementara sehingga mereka dapat kembali ke rumah masing-masing.

“Selain membekalkan ubat, pasukan perubatan juga menjalankan pemeriksaan kesihatan ke atas mangsa yang mengalami gejala seperti demam, selesema, dan batuk.

“Beberapa kes kecemasan turut ditangani oleh pasukan KKM dengan bantuan hospital dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menghantar pesakit ke hospital bagi rawatan lanjut.” Katanya ketika ditemui TVS, di Bintulu pada Jumaat.

Katanya, antara golongan yang diberikan perhatian khusus termasuk ibu mengandung, warga emas, serta pesakit kronik termasuk mereka yang mempunyai risiko tinggi akan dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Jelasnya, bagi tujuan tersebut, pihak KKM turut menyemak semula rekod ibu mengandung menerusi buku rekod mereka bagi memastikan kesihatan mereka dan kandungan terjaga.

Selain itu, beliau menambah, dari segi kekuatan petugas, sebelum ini terdapat lima pasukan perubatan KKM yang dikerahkan ke lima PPS.

Pihak KKM terus bersiap siaga untuk menangani sebarang keperluan perubatan bagi memastikan mangsa banjir mendapat rawatan yang sewajarnya sepanjang tempoh pemindahan ini. -TVS

 

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search