PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

PPS penuh, mangsa banjir berkhemah tepi jalan

ALOR SETAR - Beberapa keluarga yang terjejas banjir di sini mengambil keputusan mendirikan khemah di tepi jalan berhampiran Kampung Alor Senjaya sejak tiga hari lalu.

Suri rumah, Aripiah Ahmad, 55, berkata, mereka terpaksa berbuat demikian berikutan kapasiti beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) berdekatan kediaman penuh.

Beliau berkata, terdapat PPS alternatif yang masih mampu menampung mangsa banjir namun, lokasinya terlalu jauh untuk berulang alik ke rumah.

"Kami sekeluarga pernah pergi ke tiga PPS berdekatan ketika rumah dilanda banjir sehingga paras 0.5 meter (m) pada September lepas, namun semuanya penuh.

"Kali ini, kami sudah tidak larat mencari PPS dan bimbang situasi sama berulang lalu mengambil inisiatif memasang khemah tepi jalan sahaja," katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Selasa.

Aripiah berkata, mereka tiada pilihan dan terpaksa meninggalkan rumah memandangkan air naik hingga paras 0.8 meter ketika banjir melanda semula beberapa hari lepas.

Katanya, dia bersama suami dan dua anaknya sempat membawa beberapa barangan penting termasuklah pakaian selepas rumah ditenggelami air.

"Kami juga menyelamatkan dan membawa sekali kucing peliharaan untuk berteduh di bawah khemah ini," katanya.

Ujarnya, mereka berharap diberi kelonggaran untuk menumpang teduh dalam khemah di tepi jalan tersebut untuk sementara waktu.

"Apabila air surut nanti, kami empat beranak akan terus pulang ke rumah kerana sedar risiko duduk dalam khemah tersebut," katanya.

Seorang lagi mangsa banjir, Kausar Firdaus,29, berkata, dia sekeluarga turut mengambil langkah sama dengan memasang khemah di tepi jalan disebabkan PPS terdekat telah penuh.

Menurutnya, terdapat tiga lagi keluarga yang juga jirannya memasang khemah berhampiran dengan khemah mereka.

Katanya, terdapat beberapa keluarga yang juga mangsa banjir memasang khemah di sebelah kiri dan kanan jalan di sepanjang laluan dari Kampung Titi Gajah ke Kampung Alor Senjaya itu.

"Namun, ada khemah tiada orang memandangkan ada pemiliknya keluar bekerja dan ada pulang memeriksa keadaan rumah," katanya.

Kausar berkata, ketika ini, berkhemah tepi jalan sahaja pilihan yang mereka ada meskipun keadaan khemah kurang selesa untuk berteduh daripada panas dan hujan.

Bagaimanapun, beliau bersyukur kerana ada insan-insan baik hati yang memberi pelbagai bantuan termasuklah makanan kepada penduduk yang berkhemah di tepi jalan tersebut.

Berdasarkan info dikeluarkan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kedah, mangsa banjir di Kedah merekodkan sedikit penurunan dengan 7,001 mangsa ditempatkan di 38 PPS setakat 12 tengah hari berbanding 7,206 mangsa di 42 PPS pada jam 8 pagi.

Untuk rekod, Kota Setar masih mencatatkan jumlah tertinggi mangsa banjir iaitu seramai 4,172 orang daripada 1,264 keluarga diikuti Kubang Pasu dengan 1,747 mangsa daripada 548 keluarga, Pokok Sena 567 mangsa daripada167 keluarga, Padang Terap dengan 298 mangsa daripada 84 keluarga dan Sik sebanyak 217 mangsa daripada 60 keluarga.

Bank Rakyat tawar moratorium 6 bulan individu, peniaga terjejas banjir

KUALA LUMPUR: Bank Rakyat menawarkan moratorium sehingga enam bulan kepada individu atau peniaga yang terjejas akibat banjir.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Ahmad Shahril Mohd Shariff berkata moratorium yang disediakan itu diharap memberi kelegaan dan mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh pelanggan yang terjejas banjir.

"Langkah proaktif yang diambil oleh Bank Rakyat bertepatan dengan nilai keprihatinan dan ihsan dalam konsep Malaysia MADANI yang bertujuan membantu mengurangkan beban kewangan ditanggung ketika waktu mencabar ini.

"Pelanggan Bank Rakyat yang menghadapi kesukaran untuk meneruskan pembayaran pembiayaan bagi produk dilanggan boleh memohon bantuan moratorium ini.

"Ini termasuk Pembiayaan Peribadi-i, Pembiayaan Perumahan-i, Pembiayaan Kenderaan-i, Sewa Beli Kenderaan-i, Pembiayaan Pendidikan-i, Pembiayaan Mikro-i, Kad Kredit-i dan penangguhan bayaran keuntungan bagi Pajak Gadai-i," kata bank itu dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Shahril berkata pelanggan yang terjejas boleh memohon bantuan itu menerusi e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. dengan menyertakan beberapa maklumat dan dokumen penting.

Bagi pemegang Kad Kredit-i Bank Rakyat yang terjejas, pelanggan boleh memohon melalui e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau menghubungi nombor talian Pusat Kad Bank Rakyat di talian 03-2693 6880 serta mengunjungi Pusat Kad Bank Rakyat atau mana-mana cawangan Bank Rakyat yang berdekatan.

Orang ramai yang ingin dapatkan maklumat lanjut boleh layari laman web rasmi Bank Rakyat di www.bankrakyat.com.my, hubungi Pusat Panggilan di talian 1300 80 5454 dan mengunjungi cawangan Bank Rakyat.

Banjir Kelantan: 4,894 kes penyakit berjangkit dikesan di PPS

TUMPAT: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan telah mengesan sebanyak 4,894 kes penyakit berjangkit di beberapa pusat pemindahan banjir (PPS) seluruh negeri sepanjang musim tengkujuh ini.

Menurut Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin, jumlah tersebut direkodkan sehingga semalam, 2 Disember.

Beliau menyatakan bahawa jangkitan saluran pernafasan mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 2,923 kes, diikuti oleh jangkitan kulit sebanyak 1,367 kes.

Selain itu turut direkodkan ialah Gastroenteritis Akut (keradangan perut dan usus) 116 kes, Konjunktivitis (radang mata) (99 kes) dan Demam Virus (376 kes).

Dr Zaini memaklumkan bahawa kebanyakan kes dilaporkan di pusat pemindahan banjir di Pasir Mas, Machang, dan Tumpat.

Bagaimanapun, tiada penyakit serius dikesan, dan keadaan keseluruhan masih terkawal.

"Semua kes penyakit berjangkit ini telah dirawat oleh pegawai kesihatan yang bertugas di pusat pemindahan banjir," katanya ditemui di pusat pemindahan SK Padang Pohon Tanjung hari ini.

Beliau hadir mengiringi lawatan Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid mencemar duli ke PPS itu.

Hadir sama pada majlis itu Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat.

Baginda bertanya khabar 225 mangsa yang berlindung di PPS itu selain menyampaikan sumbangan bakul makanan serta wang tunai.

Mengulas lanjut, Dr Zaini berkata pasukan kesihatan telah dikerahkan ke pusat pemindahan banjir di seluruh negeri bagi memantau kesihatan mangsa yang dipindahkan.

"Pegawai kesihatan bersedia untuk memeriksa mangsa banjir, terutamanya mereka yang mempunyai gejala, bagi mencegah penularan penyakit kepada individu lain," tambahnya.

Banjir: PM zahir penghargaan kepada penjawat awam, swasta, NGO bantu mangsa

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada jentera kerajaan termasuk 80,000 penjawat awam yang turun membantu mangsa banjir di seluruh negara.

Beliau berkata kerjasama padu antara seluruh jentera Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri antaranya Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan, merupakan satu petanda yang sangat positif dalam menghadapi malapetaka.

Malah, beliau turut memuji penglibatan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLICS), syarikat-syarikat berkaitan kerajaan, sektor swasta dan badan bukan kerajaan (NGO), termasuk puluhan ribu sukarelawan yang telah turun membantu.

"Sementara kita hadapi masalah, kita melihat semangat kesatuan rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum, pelbagai daerah dan negeri itu sungguh luar biasa.

"Saya ingin merakamkan penghargaan yang setinggi tingginya kepada mereka," kata beliau pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar berkata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar juga sedang mengetuai pasukan Skuad Insan MADANI, bagi membantu proses pembersihan selepas situasi banjir kembali reda.

Katanya, penyelarasan banjir oleh Majlis Keselamatan Negara (NADMA) pada kali ini yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, juga sangat memuaskan.

"Saya juga menghargai kerana persiapannya berbulan-bulan sebelum itu. Mesyuarat di Persekutuan, kerajaan negeri dan wakil-wakil daerah dan ini menyebabkan langkah-langkah diambil seperti yang saya saksikan sendiri di Terengganu dan daripada rakan-rakan lain saksikan di Kelantan sangat memuaskan," kata.

Setakat pagi ini, jumlah mangsa banjir di lapan negeri terjejas menurun kepada 94,636 orang berbanding 99,823 orang malam tadi, manakala angka kematian akibat banjir yang telah dilaporkan kekal pada tujuh orang. - BERNAMA

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search