HONG KONG – Gelombang jangkitan Covid-19 mencatatkan lonjakan di rantau Asia termasuk Asia Tenggara.
Pihak berkuasa kesihatan di bandar utama seperti Hong Kong, Singapura, China, India, dan Thailand mengambil langkah berjaga-jaga dengan menyarankan orang ramai supaya mengambil vaksin penggalak baharu.
Varian JN.1 dan subvarian berkaitan di bawah garis keturunan Omicron didakwa sebagai penyebab kenaikan kes Covid-19 di Asia.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagaimanapun mengkategorikan JN.1 sebagai ‘varian yang menjadi perhatian’.
Perkembangan penularan wabak itu sedang dipantau, namun tiada bukti konklusif yang menunjukkan ia boleh menyebabkan penyakit lebih teruk berbanding subvarian Omicron yang lain.
Kebanyakan kes yang dilaporkan di Thailand melibatkan kumpulan individu berusia antara 30 dan 39 tahun.
Peningkatan mendadak kes tersebut dianggap sebagai penggera awal bahawa China juga tidak terkecuali daripada memasuki gelombang penularan sama yang dihadapi ketika musim panas tahun lalu. – Agensi
ALOR SETAR – Sistem perparitan yang tidak disenggara dengan baik serta saliran tersumbat akibat longgokan sampah-sarap dalam longkang antara punca utama berlakunya banjir kilat sekitar bandar raya Alor Setar.
Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Abdul Gafar Yahya berkata, faktor lain yang menyumbang kepada masalah ini termasuk struktur longkang yang rendah, sistem saliran lama serta masalah aliran air ke sungai berdekatan.
Menurutnya, kesemua permasalahan tersebut telah dikenal pasti dan akan diambil tindakan sewajarnya.
“Saya melihat sendiri kesan banjir kilat akibat kadar hujan yang tinggi minggu ini yang memberi impak besar terhadap beberapa kawasan termasuk limpahan air hujan di Jalan Sultanah Sambungan (hadapan Taman Wira), Jalan Putra dan Persiaran Sultan Abdul Hamid,” katanya di sini pada Selasa.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan tinjauan ke sekitar Jalan Putra bagi meninjau sistem perparitan susulan kejadian banjir kilat yang berlaku di beberapa kawasan.
“Lawatan ini adalah susulan mesyuarat infrastruktur Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) yang berlangsung pada Isnin, bertujuan mengenal pasti punca sebenar banjir kilat yang menjejaskan banyak kawasan kediaman dan laluan utama.
“MBAS telah mengenal pasti lebih 28 kawasan perumahan yang sering terjejas akibat banjir, termasuk Taman Berjaya, Taman Selamat, Taman Bersatu, Taman Wira Blok C, Bee Bee Park, Jalan Teluk Wanjah dan Persimpangan Masjid Aman,” ujarnya.
Abdul Gafar berkata, tinjauan ke tapak yang terjejas banjir kilat itu turut disertai beberapa agensi berkaitan termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).
“Kita telah mengumpul maklumat bagi kawasan-kawasan terjejas dalam tempoh dua hari lalu dan menyelaras tindakan bersama agensi bertanggungjawab seperti SWCorp Kedah dan E-Idaman Sdn Bhd untuk kerja-kerja pembersihan longkang,” katanya.
Tambah beliau lagi, kerja-kerja pembersihan turut dilaksanakan oleh kontraktor yang dilantik iaitu Bina Darulaman Berhad (BDB) dan THB Maintenance Sdn Bhd di kawasan pinggir jalan manakala longkang di bawah selenggaraan JKR dibantu MBAS bagi membaiki struktur yang pecah serta runtuh.
“Beberapa struktur parit yang runtuh telah dikenal pasti dan MBAS akan memohon peruntukan segera bagi membaik pulih kerosakan tersebut,” ujarnya.
Dalam pada itu, Abdul Gafar berharap penduduk Bandaraya Alor Setar dapat bersama-sama menjaga kebersihan alam sekitar dan tidak menjadikan parit atau longkang sebagai tempat pembuangan sampah.
“Kita semua bertanggungjawab memastikan saliran sentiasa bersih demi mengelakkan bencana yang lebih buruk pada masa akan datang,” katanya.
BANGKOK: Covid-19 cases in Thailand surged to 33,030 last week with at least 6,000 infections reported in Bangkok, according to the Thailand Department of Disease Control.
The department said the cases, recorded between May 11 and 17, more than doubled from the 16,000 cases reported the previous week.
Bangkok reported the highest number of cases at 6,290, followed by Chon Buri (2,573), Rayong (1,680), Nonthaburi (1,482), and Samut Prakan (1,442).
Most infections were among individuals aged 30 to 39. The public has been advised to wear face masks and use an antigen test kit (ATK) immediately if they develop symptoms such as fever, cough, sore throat or fatigue. - Bernama
