TINJAUAN PENGOPERASIAN STATE DISASTER COMMAND CENTRE (SDCC) NEGERI SARAWAK
- Faiz
- Program dan Aktiviti
TINJAUAN PENGOPERASIAN STATE DISASTER COMMAND CENTRE (SDCC) NEGERI SARAWAK | ISNIN, 14 JANUARI 2026
YBhg. Datuk Dr. Abdul Gapar bin Haji Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah mengadakan sesi lawatan dan perbincangan di State Disaster Command Centre (SDCC) Negeri Sarawak.
Sesi lawatan dan perbincangan ini bertujuan untuk meninjau pengoperasian SDCC Negeri Sarawak semasa Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026 selain membincangkan pelaksanaan penilaian awal kerosakan akibat bencana di SDCC, penyelarasan data berkaitan bencana antara Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) dan SDCC, input bagi penyediaan Laporan Situasi Bencana (SITREP), serta pengukuhan peranan dan pengoperasian SDCC. Maklum balas daripada SDCC dan semua agensi yang terlibat telah diambil kira dan dijadikan input dalam pelaksanaan SDCC yang lestari.
Sesi perbincangan ini turut disertai oleh Unit Keselamatan dan Penguatkuasa Sarawak (UKPS), agensi tindak balas, agensi teknikal serta pegawai daripada Seksyen Penyelarasan Operasi (SPeO) dan Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC).
Sekian, makluman.
