MAJLIS AMANAT KETUA SETIAUSAHA NEGARA TAHUN 2026
- Faiz
- Program dan Aktiviti
MAJLIS AMANAT KETUA SETIAUSAHA NEGARA TAHUN 2026 | KHAMIS, 15 JANUARI 2026
Β
Telah berlangsung Majlis Amanat Ketua Setiausaha Negara Tahun 2026, YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, bertempat di Dewan Deβ Seri Endon, Puspanitapuri, Putrajaya.
Β
Majlis ini menggariskan hala tuju perkhidmatan awam bagi tahun 2026 dengan penekanan terhadap pelaksanaan yang pantas, reformasi yang berimpak, serta pendekatan associated whole-of-nation dan integrated whole-of-government dalam memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkesan dan berfokuskan rakyat.
Β
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah diwakili oleh Ketua Pengarah, Tuan Meor Ismail bin Meor Akim bersama Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah sebagai manifestasi komitmen agensi dalam menyokong aspirasi kepimpinan tertinggi perkhidmatan awam serta memperkukuh kesiapsiagaan, penyelarasan dan tadbir urus pengurusan bencana negara.
