PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Pegawai awam terjejas letupan, boleh mohon cuti kecemasan am

Pegawai awam terjejas letupan, boleh mohon cuti kecemasan am

PETALING JAYA – Susulan insiden letupan dan kebakaran di Putra Heights, Subang Jaya pada 1 April lalu, penjawat awam yang terjejas boleh memohon kebenaran tidak hadir kerja tanpa rekod cuti berdasarkan peraturan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkaitan kecemasan am.

JPA dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan, permohonan itu dibuat mengikut situasi melibatkan keselamatan kediaman terancam, laluan utama terputus atau rosak dan gangguan utiliti seperti air dan elektrik yang boleh dipertimbangkan sebagai alasan sah untuk kebenaran tidak hadir kerja.

“Apa yang perlu dibuat adalah maklumkan segera kepada ketua jabatan dan sertakan bukti sokongan misalnya laporan pihak berkuasa, notis gangguan, gambar lokasi atau laporan media.

“Kebenaran adalah atas budi bicara ketua jabatan dengan mengambil kira keadaan semasa dan keperluan perkhidmatan.

“Utamakan keselamatan, maklumkan segera, dan manfaatkan saluran,” kata kenyataan itu.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari pautan di https://www.jpa.gov.my/…/surat-edaran-peraturan. – KOSMO! ONLINE.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search