BELAWAI – Terlebih muatan dikenal pasti menjadi punca tragedi bot karam pada Sabtu lalu, yang meragut 10 nyawa di Pantai Belawai di sini.
Ketua Polis Daerah Sarikei, Superintendan Aswandy Anis berkata siasatan awal pihaknya mendapati saiz bot fiber yang kecil itu tidak sepatutnya membawa penumpang seramai 17 orang, yang ditambah lagi dengan muatan barangan.
“Keadaan bot kecil dengan 17 orang termasuk barangan menyebabkan ia sukar dikawal.
“Apabila melalui kawasan ombak kuat, bot tersebut terus karam,” katanya pada sidang media selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi kejadian, pagi tadi.
Justeru, beliau mengingatkan khususnya pengendali bot serta penduduk setempat agar sentiasa mengutamakan aspek keselamatan ketika berada di sungai atau laut.
“Jangan ambil mudah soal keselamatan, kita tidak menyangka keadaan sungai juga boleh berombak besar secara tiba-tiba,” katanya.
KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) esok, Selasa 8 Jula 2025 untuk menguji sistem siren tsunami SAATNM yang baharu bagi Site Acceptance Test (SAT).
Ujian itu akan dilakukan di masjid daerah Sandakan Sim Sim, Sabah selama dua jam bermula 9 pagi.
SHAH ALAM: The Selangor State Legislative Assembly will debate the Putra Heights gas pipeline fire incident, Speaker Lau Weng San confirmed.
The discussion will follow a special briefing by Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari or his representative.
The debate is scheduled after the tabling of the Selangor State Islamic Religious Administration (Amendment) Enactment Bill 2025. Lau stated, “There will be (a debate); as I mentioned earlier, after the Menteri Besar meets with all assemblymen to provide a briefing in the afternoon.”
The issue gained urgency after Dr Afif Bahardin (PN-Taman Medan) submitted an appeal on behalf of 20 individuals affected by the April 1 fire and explosion. However, Lau disallowed the appeal, citing an overlapping application already filed by Amirudin.
The current Selangor State Assembly sitting runs until July 11.
KUALA TERENGGANU – Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kemaman bagi mengatasi masalah banjir yang menelan kos RM300 juta dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2031.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Datuk Hanafiah Mat berkata, projek mega diluluskan Kerajaan Persekutuan itu masih dalam peringkat pra-pelaksanaan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
Beliau berkata, projek tersebut merupakan langkah jangka panjang kerajaan bagi mengatasi isu banjir serius di daerah Kemamam khususnya Chukai.
“Projek ini bertujuan untuk mengurangkan kerosakan harta benda dan melindungi nyawa penduduk yang terkesan setiap kali musim tengkujuh,” katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ke-15 di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan Mohd. Hafiz Adam (Pas-Air Putih) yang ingin mengetahui perkembangan projek tersebut.
Hanafiah berkata, projek PLSB tersebut bertujuan mengurangkan kawasan takungan banjir yang menjadi punca utama limpahan air setiap kali hujan lebat melanda pada musim tengkujuh di daerah Kemaman.
“Projek ini akan dilaksanakan secara kaedah reka dan bina, dengan penilaian kontraktor kini sedang dijalankan oleh JPS,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Hujan lebat, angin kencang di 9 negeri
- Admin UKK
- Berita
PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Johor dan Sabah sehingga pukul 7 malam ini.
“Cuaca buruk di Kedah dijangka berlaku di kawasan Padang Terap, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu manakala bagi negeri Pulau Pinang pula di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.
“Di Perak pula, cuaca dijangka buruk di Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta,” katanya.
Selain itu, hujan lebat dan angin kencang di Kelantan dijangka berterusan di kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.
“Selain itu, di Terengganu yang dijangka terjejas seperti Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun manakala Pahang di Tanah Tinggi Cameron, Raub, Jerantut, Bentong dan Rompin.
“Di Selangor, kawasan yang dijangka hujan lebat adalah Hulu Selangor dan bagi Johor melibatkan daerah Mersing dan Kota Tinggi,” ujarnya.
Manakala, kawasan yang dijangka cuaca buruk di Sabah melanda di Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar) dan Sandakan (Telupid dan Beluran). – KOSMO! ONLINE
