PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Jambatan Sungai Sauh, Padawan kini dibuka kepada pengguna

Jambatan Sungai Sauh, Padawan kini dibuka kepada pengguna

KUCHING, 1 Mei: Jambatan ‘bailey’ Sungai Sauh, Padawan dekat sini kini siap sepenuhnya dan dibuka kepada semua kenderaan serta pengguna jalan raya.

Menurut Pengarah Kerja Raya Sarawak Dr Cassidy Morris, penyediaan jambatan tersebut merupakan langkah segera yang diambil oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak bagi memastikan akses perhubungan penduduk setempat tidak terputus.

Jambatan itu runtuh pada 22 April 2025. “JKR Sarawak akan terus komited melaksanakan penyelesaian pantas dan selamat dalam situasi kecemasan serta keperluan infrastruktur sementara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, projek itu berjaya disiapkan hasil kerjasama pelbagai pihak dan penghargaan turut diberikan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan pelaksanaannya.

“Pihak JKR Sarawak akan terus komited untuk melaksanakan penyelesaian pantas dan selamat dalam situasi kecemasan mahupun keperluan infrastruktur sementara,” katanya. -TVS

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search