SARAWAK SEES DROP IN FLOOD EVACUEES
- Admin UKK
- Berita
THE number of people seeking shelter at temporary evacuation centres in Sarawak dropped slightly yesterday. Up to 2.30pm, 12,163 people from 3,618 families were at 63 centres.
This marked a reduction of 158 people, compared with 12,321 victims up to 8am yesterday.
From the total, 11,957 were flood victims, 169 were victims of landslides in Miri and Bintulu, while 37 were victims of a longhouse fire in Kanowit.
The Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia) said Sarawak was expected to be hit by heavy rain until Wednesday.
Its director-general, Dr Mohd Hisham Mohd Anip, said warnings had been issued for Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei and Mukah.
He said those seeking updates can visit MetMalaysia’s website or call its hotline at 1-300-221638.
In Kota Kinabalu, the flood situation in Sabah showed an improvement, with 675 flood victims from 181 families seeking shelter at four centres, up to 4pm yesterday.
The Sabah Civil Defence Force said this was a significant reduction from the 1,651 people in the morning.
MetMalaysia forecast heavy rain for Pahang, Johor, Sarawak and Sabah until the end of the month.
It said the northeast monsoon, which began on Nov 5 last year, was expected to continue until next month.
“Continuous rain can lead to floods in low-lying areas as well as locations vulnerable to floods.
“If heavy rain coincides with tidal changes, this could pose bigger risks for floods.”
It, however, said that the northern part of the peninsula was expected to receive less rainfall.
“This could lead to hot and dry weather, bringing with it the potential of a heat wave.
“The emergence of La Nina last month may reduce the impact of the heat wave,” it said.
MetMalaysia added that continuous northeast winds could lead to large waves in the South China Sea.
It said weather forecasts from January to June were based on the consensus gleaned from international and local climate survey models.
Kuala Lumpur: Jumlah mangsa banjir di Sarawak berkurangan namun masih melepasi angka 12,000 orang pagi semalam manakala di Sabah merekodkan peningkatan jumlah mangsa yang dipindahkan di pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding malam kelmarin.
Di SARAWAK, sebanyak 12,116 mangsa masih di tempatkan di 62 PPS setakat jam 8 pagi semalam dengan enam bahagian terjejas, berbanding 12,423 mangsa malam kelmarin.
Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, jumlah mangsa dipindahkan di Bahagian Bintulu (melibatkan daerah Bintulu, Tatau dan Sebauh) adalah 5,184 orang dan Serian (daerah Serian, Siburan dan Balai Ringin) seramai 2,617 mangsa,
Bahagian Samarahan (daerah Samarahan, Asajaya, Sebuyau, Simunjan dan Gedong) pula merekodkan 1,926 mangsa; Bahagian Sibu (daerah Sibu,
Selangau dan Kanowit) 1,189 mangsa; Bahagian Miri (daerah Miri, Subis dan Beluru) mangsa yang dicatatkan adalah 1,138 orang; manakala Bahagian Mukah (daerah Mukah dan Matu) 62 orang.
Di SABAH, jumlah mangsa banjir sedikit meningkat kepada 1,651 daripada 537 keluarga pada pukul jam 8 pagi semalam, berbanding 1,485 orang daripada 493 keluarga pada malam kelmarin.
Sekretariat JPBN Sabah melaporkan daerah Tongod yang pulih petang semalam, kembali dilanda banjir dengan dua PPS dibuka, menjadikan lima daerah yang masih dilanda banjir.
Pitas kekal mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 819 mangsa (301 keluarga), diikuti Lahad Datu kekal dengan 520 mangsa (140 keluarga), Tongod dengan 155 mangsa (41 keluarga), Beaufort kekal dengan 110 mangsa (32 keluarga) dan Paitan dengan 47 mangsa (23 keluarga).
Lumpur: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat akan melanda Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah sehingga hujung bulan ini.
Pusat Iklim Nasional MetMalaysia berkata, Monsun Timur Laut (MTL) yang bermula pada 5 November 2024 dijangka berterusan sehingga Mac 2025. Menurutnya, untuk Januari dan Februari ini, episod hujan lebat diramalkan berlaku di Pahang, Johor, Sarawak dan juga Sabah.
“Hujan lebat yang berterusan untuk tempoh beberapa hari boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan berkedudukan rendah dan kerap banjir.
“Sekiranya hujan lebat berlaku serentak dengan kejadian air pasang, risiko kejadian banjir boleh menjadi lebih buruk,” katanya dalam kenyataan yang dikemas kini semalam. Menurutnya, kawasan utara Semenanjung dijangka akan menerima taburan hujan yang rendah.
“Keadaan ini akan menyebabkan cuaca panas dan kering serta berpotensi untuk berlakunya gelombang haba. “Namun, pembentukan La Nina yang dijangka terbentuk pada Januari ini, berpotensi untuk mengurangkan impak gelombang haba,” katanya.
Selain itu, MetMalaysia berkata, tiupan angin timur laut secara berterusan dan kencang boleh menyebabkan laut bergelora dan ombak besar di perairan Laut China Selatan. Katanya, tinjauan cuaca jangka panjang bagi Januari hingga Jun berdasarkan konsensus beberapa model tinjauan
Kawasan utara Semenanjung dijangka terima taburan hujan yang rendah iklim antarabangsa dan tempatan.
“Majoriti model iklim antarabangsa menunjukkan keadaan El Niño Southern Oscillation (ENSO) terkini adalah neutral dengan Indeks Nino Lautan (ONI) terkini di kawasan pemantauan Niño 3.4 bagi September, Oktober dan November lalu adalah - 0.2 darjah celcius.
“Namun, terdapat kemungkinan La Nina akan terbentuk pada Januari (peluang 59 peratus) dan kembali ke neutral antara Mac hingga Mei ini,” katanya.
Jabatan Meteorologi Malaysia (Metmalaysia) Kelantan memaklumkan awan yang berkurangan menyebabkan beberapa daerah di Kelantan termasuk Jeli dan Kuala Krai dilaporkan mengalami cuaca sejuk terutama waktu pagi.
Pengarahnya, Mohd Sani Saayon, bagaimanapun berkata situasi itu adalah perkara biasa dan tiada yang istimewa.
Beliau berkata, keadaan suhu masih lagi seperti biasa terutama bermula waktu tengah hari dan suhu sejuk itu bukannya berterusan sepanjang hari.
“Saya tidak dimaklumkan lagi suhu di daerah tertentu sehingga mencatat 18 darjah Celsius sebagaimana dilaporkan pihak tertentu, saya sendiri tidak tahu bagaimana mereka membuat pemeriksaan suhu kerana saya tidak dimaklumkan suhu serendah itu.
“Kebiasaan suhu di daerah berkenaan termasuk Jeli dan Kuala Krai pada waktu pagi adalah sekitar 22 hingga 23 darjah Celsius dan naik kepada lebih 30 darjah Celsius pada waktu tengah hari.
“Situasi sejuk ini bukan sebagaimana yang ditularkan. Saya bimbang sekiranya tular mengenai tidak betul ia menjadi kebimbangan kepada orang ramai,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, cuaca yang dialami kini di beberapa daerah adalah perkara biasa dan tidak perlu diperbesarkan.
“Melainkan suhu 20 darjah Celsius dari pagi sehingga tengah hari dan malam, itu barulah kita boleh kata sejuk. Ini sebaliknya pakai baju sejuk waktu pagi dan tengah hari terpaksa buka semula sebab cuaca kembali panas.
“Cuma apa yang saya boleh katakan cuaca sedikit sejuk pada waktu pagi kerana awan berkurangan,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan, Kuala Krai berdepan cuaca sejuk sehingga suhu mencecah 18 dan 19 darjah Celsius pada awal pagi selain keadaan berkabus.
Penduduk turut menyamakan mereka seperti berada di Cameron Highlands kerana cuaca sejuk.
Kuala Lumpur: Hujan berterusan diramal berlaku di beberapa daerah di Sarawak sehingga Rabu.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (Metmalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip, berkata amaran waspada itu dikeluarkan bagi Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei dan Mukah.
Sebelum ini, Metmalaysia menjangka beberapa lagi luruan monsun yang berpotensi menyebabkan hujan lebat berterusan di Sabah dan Sarawak.
Mohd Hisham dilaporkan berkata, jangkaan itu dibuat berdasarkan kelaziman kerana luruan angin di antara Februari dan Mac akan menghala ke dua wilayah berkenaan.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat terkini boleh melayari laman web rasmi Metmalaysia atau talian hotline 1-300-22-1638.