PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Texas flood: Hunt continues for woman whose final text read 'We're being washed away'

HUNT, United States: As the raging Guadalupe River burst its banks and wreaked havoc in central Texas, a young woman named Joyce Bandon sent a text message that may have been her last.

Triggering one of many frantic search efforts, Bandon pleaded for help from a house along the river, according to Louis Deppe, leader of a group of volunteers trying to help the Bandon family find their daughter.

Torrential rains starting the night before the Independence Day holiday caused the river to rise the height of a two-story building in less than hour, flooding parts of Kerr County, including several children's camps, tearing down trees and tossing cars as if they were toys.

The death toll as of Sunday afternoon was at least 78, with more casualties expected. Bandon and three friends had gone to a country house to spend the July 4 holiday together.

 

It rained all Thursday night into Friday morning, when disaster struck.

"Their house collapsed at about 4 in the morning and they were being washed away. On her cellphone, the last message (her family) got was 'we're being washed away' and the phone went dead," Deppe told AFP.

He said the team works in groups of two or three people as they look through the debris and detritus left behind by the deluge.

"One of the bodies was 8 to 10 feet in a tree, surrounded up by so much debris. Not one person could see it, so the more eyes, the better," he added.

The river is returning to normal now but there is utter destruction everywhere on its banks, like a dead cow hanging from a tree, its head caught between two branches.

Nearby a pickup truck lies upside down and around it dozens of dead fish swept out of the water are beginning to rot and stink.

Helicopters fly overhead looking for survivors or bodies while rescue teams in boats ride up and down the river and emergency officials comb its banks.

Little by little, debris like uprooted trees and ruined cars is being taken away.

Tina Hambly, 55, the mother of Joyce Bandon's best friend and roommate, walks around with a kayak oar poking at branches and other debris, hoping to find something or someone.

"We're doing a seven-mile stretch, and there's seven teams and we're doing a mile apiece, so just kind of dividing and conquering, trying to find any four of them or anyone," Hambly told AFP.

"But, you know, we are friends and families and frankly, some strangers have shown up," she added.

In the town of Hunt, one of the worst hit areas, a summer gathering for children called Camp Mystic initially reported dozens of those kids missing in the flooding. The figure now stands at 11 plus a counselor.

Toys, clothing, towels and other belongings lie strewn around camp cabins full of mud.

The volunteers looking for Bandon have found some bodies – two early on Saturday morning and then another stuck in debris up in a tree. "And they did let me know that she was one of the Camp Mystic girls that went missing," said Justin Morales, 36, part of the search team.

"We're happy to give a family closure," he said. "That's why we're out here." - AFP

 

 

 

Thailand keluar amaran banjir, tanah runtuh di 33 wilayah

BANGKOK: Kerajaan Thailand menyenaraikan 33 wilayah dalam keadaan berjaga-jaga minggu ini susulan ramalan hujan lebat berterusan yang berpotensi mencetuskan banjir kilat dan tanah runtuh.

Timbalan Jurucakap Kerajaan Sasikan Watthanachan berkata, Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana (DDPM) mengeluarkan amaran kepada kawasan di bahagian utara, timur laut, tengah dan selatan negara itu.

"Mereka diarahkan untuk memantau risiko banjir kilat, limpahan air hujan, tanah runtuh serta banjir di kawasan tanah rendah.

"Agensi berkaitan di kawasan berisiko tinggi diarahkan bersiap siaga 24 jam dan bersedia untuk bertindak balas terhadap sebarang kecemasan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurut Sasikan, DDPM turut mengarahkan pihak berkuasa wilayah dan pusat pencegahan bencana serantau agar memantau secara rapi kawasan yang mencatatkan taburan hujan melebihi 90 milimeter dalam tempoh 24 jam, serta kawasan yang sering dilanda banjir.

"Pihak berkuasa perlu segera memeriksa dan membaiki benteng banjir, membersihkan saluran air yang tersumbat serta mengurus sumber air dari hulu ke hilir secara sistematik

"Tarikan pelancongan semula jadi yang berisiko seperti air terjun dan gua juga mesti dipantau dengan teliti. Sekiranya terdapat ancaman bahaya, kawasan itu perlu ditutup serta-merta," katanya.

Kerajaan turut menggesa penduduk di kawasan berisiko tinggi sentiasa mendapatkan maklumat terkini melalui aplikasi 'THAI DISASTER ALERT' dan platform rasmi dalam talian Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana.

Beliau berkata, sistem amaran melalui siaran sel atau cell broadcast kini beroperasi sepenuhnya dan bersedia untuk digunakan di seluruh negara.

Pada November tahun lalu, banjir besar yang melanda selatan Thailand telah meragut 29 nyawa dan memaksa lebih 100,000 keluarga berpindah.

Taufan Danas hentam Taiwan

TAIPEI – Taufan Danas membadai pantai barat Taiwan awal hari ini, menyebabkan dua orang terkorban dan beratus-ratus penduduk cedera, manakala hampir  400,000 isi rumah terputus bekalan elektrik, kata pihak berkuasa.

Ribut itu membawa tiupan angin ‘kemusnahan’ pada kelajuan 222 kilometer sejam selepas tiba di daratan di barat daya Taiwan lewat semalam,  kata Pentadbiran Kaji Cuaca Pusat.

“Ini kali pertama dalam rekod taufan  tiba di daratan di daerah Chiayi, ia adalah laluan yang sangat luar biasa,” kata seorang ahli meteorologi Taiwan.

Ribut itu bergerak ke arah utara dan meninggalkan Taiwan hari ini tetapi hujan lebat belum berhenti. Sekurang-kurangnya 491 orang dirawat kerana kecederaan, demikian menurut Agensi Bomba Kebangsaan.

Seorang lelaki berumur  60 tahun meninggal dunia selepas gangguan bekalan elektrik di rumah menyebabkan mesin sokongan hayatnya berhenti berfungsi dan seorang lelaki berusia 69 tahun terbunuh dihempap  pokok tumbang ketika memandu, kata agensi sama.

Ribut kuat itu menyebabkan gangguan bekalan elektrik di seluruh Taiwan, menjejaskan sekitar setengah juta isi rumah, katanya. Hampir 400,000 kediaman masih tiada bekalan elektrik setakat pagi tadi.

Taufan Danas membawa lebih 500 milimeter  hujan di selatan Taiwan sepanjang hujung minggu lalu.

Hampir 3,500 orang dipindahkan dengan kebanyakan mereka tinggal di kawasan pergunungan sekitar bandar pelabuhan Kaohsiung, selatan Taiwan, kata jabatan  bomba.

Sebanyak 30 penerbangan antarabangsa dari Taiwan dibatalkan hari ini. Taiwan lazimnya menghadapi ribut tropika yang kerap dari Julai hingga Oktober setiap tahun. – AFP 

Hujan lebat, banjir: Thailand letak 33 wilayah dalam status berjaga-jaga

BANGKOK: Kerajaan Thailand mengumumkan status berjaga-jaga di 33 wilayah minggu ini susulan amaran hujan lebat berterusan yang berpotensi mengakibatkan banjir kilat dan tanah runtuh.

Timbalan Jurucakap Kerajaan, Sasikan Watthanachan, berkata Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana (DDPM) telah mengeluarkan amaran kepada wilayah di utara, timur laut, tengah dan selatan negara itu.

“Semua agensi berkaitan di kawasan berisiko diarahkan untuk bersiap siaga sepanjang masa, memantau kemungkinan banjir kilat, limpahan hujan, tanah runtuh serta banjir di kawasan rendah,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sasikan menjelaskan pihak berkuasa wilayah dan pusat pencegahan bencana serantau diminta memantau dengan teliti kawasan yang menerima taburan hujan melebihi 90 milimeter dalam tempoh 24 jam, termasuk kawasan yang sering terjejas banjir.

“Pemeriksaan serta pembaikan benteng banjir perlu dilakukan segera, begitu juga kerja-kerja pembersihan saluran air tersumbat dan pengurusan sumber air dari hulu ke hilir secara sistematik,” ujarnya.

Katanya, lokasi pelancongan semula jadi yang berisiko seperti air terjun dan gua juga perlu dipantau rapi, dan jika terdapat sebarang ancaman, kawasan tersebut mesti ditutup serta-merta bagi menjamin keselamatan awam.

Kerajaan turut menasihatkan penduduk di kawasan berisiko tinggi agar sentiasa mengikuti perkembangan cuaca melalui aplikasi THAI DISASTER ALERT serta saluran rasmi dalam talian DDPM.

Sasikan turut memaklumkan bahawa sistem amaran bencana melalui siaran sel (cell broadcast) kini beroperasi sepenuhnya dan bersedia digunakan di seluruh negara sebagai langkah komunikasi pantas dalam situasi kecemasan.

Thailand pernah berdepan bencana besar pada November tahun lalu apabila banjir besar melanda wilayah selatan, meragut 29 nyawa dan memaksa lebih 100,000 keluarga dipindahkan.

 

Gunung Lewotobi meletus di Indonesia, amaran keselamatan dikeluarkan

GUNUNG LEWOTOBI: Letusan kuat Gunung Lewotobi Laki-Laki di Flores Timur, Indonesia pada Isnin mencetuskan amaran bahaya.

Abu tebal dan batu kerikil yang jatuh mengancam keselamatan penduduk berhampiran.

Letusan berlaku pada 11.05 pagi waktu tempatan, memuntahkan awan abu berwarna kelabu hingga hitam dengan ketinggian sehingga 18 kilometer dari puncak gunung.

Serpihan gunung berapi dilaporkan jatuh di kawasan sekitar, meningkatkan risiko kepada penduduk. Pos Pemerhatian Gunung Lewotobi Laki-Laki mengesahkan letusan masih berterusan.

Penduduk di lereng gunung dinasihatkan menghentikan semua aktiviti dan bersiap sedia untuk berpindah sekiranya keadaan bertambah buruk.

“Mereka yang terjejas akibat hujan abu dinasihatkan memakai pelitup muka atau menutup hidung dan mulut untuk mengelakkan bahaya pernafasan,” menurut laporan rasmi.

Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi Indonesia (PVMBG) telah menaikkan tahap amaran kepada Tahap Empat, iaitu yang tertinggi pada skala.

Penduduk dan pelancong diminta mengelakkan semua aktiviti dalam radius enam kilometer dari kawah serta tujuh kilometer di sektor barat daya hingga timur laut. - Bernama

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search