PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Kebakaran hutan di Sepanyol ragut dua nyawa

Kebakaran hutan di Sepanyol ragut dua nyawa

TORREFETA, 2 Julai - Dua maut dalam kebakaran hutan di wilayah Catalonia, Sepanyol pada Selasa.

Seramai 14,000 penduduk di kawasan terjejas diarahkan berlindung di kediaman masing-masing selama beberapa jam, bagi mengelakkan risiko keselamatan.

Pasukan bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran yang memusnahkan beberapa ladang di kawasan Torrefeta dan Florejacs.

Menurut pihak berkuasa, kebakaran yang bermula di kawasan pertanian itu merebak pantas dalam tempoh singkat, melibatkan kawasan sepanjang kira-kira 40 kilometer.

Pasukan bomba memaklumkan, keadaan kebakaran sukar dikawal berikutan ribut petir dan angin kencang yang menyebabkan api merebak, selain menghasilkan awan perolakan yang menyukarkan operasi pemadaman.

Walaupun kebakaran telah berjaya dikawal, pihak berkuasa memberi amaran bahawa ribut dan angin kuat dijangka berterusan.

Ketua Wilayah Catalonia, Salvador Illa, turut menggesa orang ramai agar mematuhi arahan dan saranan pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Eropah ketika ini sedang dilanda gelombang haba luar biasa, dengan agensi meteorologi Sepanyol, AEMET, melaporkan suhu panas tertinggi dalam sejarah bagi bulan Jun.

Amaran cuaca panas, ribut dan angin kencang turut dikeluarkan di sebahagian besar Semenanjung Iberia pada Rabu. - REUTERS

 
 
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search