PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Hujan lebat dijangka landa Pahang, Johor, Sarawak, Sabah

Hujan lebat dijangka landa Pahang, Johor, Sarawak, Sabah

Lumpur: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat akan melanda Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah sehingga hujung bulan ini.

Pusat Iklim Nasional MetMalaysia berkata, Monsun Timur Laut (MTL) yang bermula pada 5 November 2024 dijangka berterusan sehingga Mac 2025. Menurutnya, untuk Januari dan Februari ini, episod hujan lebat diramalkan berlaku di Pahang, Johor, Sarawak dan juga Sabah.

“Hujan lebat yang berterusan untuk tempoh beberapa hari boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan berkedudukan rendah dan kerap banjir.

“Sekiranya hujan lebat berlaku serentak dengan kejadian air pasang, risiko kejadian banjir boleh menjadi lebih buruk,” katanya dalam kenyataan yang dikemas kini semalam. Menurutnya, kawasan utara Semenanjung dijangka akan menerima taburan hujan yang rendah.

“Keadaan ini akan menyebabkan cuaca panas dan kering serta berpotensi untuk berlakunya gelombang haba. “Namun, pembentukan La Nina yang dijangka terbentuk pada Januari ini, berpotensi untuk mengurangkan impak gelombang haba,” katanya.

Selain itu, MetMalaysia berkata, tiupan angin timur laut secara berterusan dan kencang boleh menyebabkan laut bergelora dan ombak besar di perairan Laut China Selatan. Katanya, tinjauan cuaca jangka panjang bagi Januari hingga Jun berdasarkan konsensus beberapa model tinjauan

Kawasan utara Semenanjung dijangka terima taburan hujan yang rendah iklim antarabangsa dan tempatan.

“Majoriti model iklim antarabangsa menunjukkan keadaan El Niño Southern Oscillation (ENSO) terkini adalah neutral dengan Indeks Nino Lautan (ONI) terkini di kawasan pemantauan Niño 3.4 bagi September, Oktober dan November lalu adalah - 0.2 darjah celcius.

“Namun, terdapat kemungkinan La Nina akan terbentuk pada Januari (peluang 59 peratus) dan kembali ke neutral antara Mac hingga Mei ini,” katanya.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search