PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Morfologi sungai melebar

Tiada yang luar biasa dan istimewa dengan fenomena suhu sejuk melanda kawasan Jeli dan Kuala Krai di Kelantan baru-baru ini sebaliknya ia berlaku atas faktor beberapa termasuk perubahan morfologi sungai yang semakin melebar.

Pensyarah Kanan Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Frankie Marcus Ata berkata, perubahan pada sungai terjadi akibat fenomena banjir yang melanda di negeri itu sebelum ini.

“Apabila sungai semakin lebar, permukaan embun yang boleh terhasil di kawasan sungai semakin luas.

“Ini salah satu faktor yang menyebabkan penurunan suhu terutamanya pada waktu pagi khususnya di kawasan tanah tinggi,” katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata, hal itu dapat dibuktikan dengan keadaan Sungai Kelantan yang semakin melebar berikutan hakisan Sungai Galas dan Sungai Nenggiri yang terletak di bahagian hulu.

Menurutnya, pembentukan embun sejuk itu juga ada kaitan dengan faktor topografi Jeli dan Kuala Krai yang terletak di kawasan tinggi serta mempunyai litupan kanopi hutan yang masih tebal.

“Ia tidak terikat pada dua kawasan ini sahaja, mungkin kawasan lain juga ada berlaku tetapi pemantauan ataupun rekod itu tidak menonjol.

“Kita yakin akan ada juga berlaku penurunan suhu. Permukaan embun boleh terhasil di kawasan sungai semakin luas Dr Frankie (di kawasan lain) tetapi dalam kes ini mungkin dua kawasan ini menunjukkan rekod penurunan suhu yang agak drastik.

“Faktor morfologi pelebaran sungai menjadi salah satu pemangkin kepada pembentukan embun pada pagi, selain kawasan hutan yang mungkin sudah mula menghijau di Kuala Krai dan Jeli,” katanya.

Frankie juga bersetuju dengan Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Kelantan, Mohd Sani Saayon bahawa situasi itu adalah perkara biasa dan tiada yang istimewa. “Fenomena cuaca rendah ini berlaku pada musim-musim tertentu dan kemudian di waktu matahari sudah hampir tegak, suhu akan kembali normal,” katanya.

Terdahulu, MetMalaysia Kelantan memaklumkan awan yang berkurangan menyebabkan beberapa daerah di Kelantan termasuk Jeli dan Kuala Krai dilaporkan mengalami cuaca sejuk terutama waktu pagi.

Media sebelum ini melaporkan, Kuala Krai dan Jeli berdepan cuaca sejuk sehingga suhu mencecah 18 dan 19 darjah Celsius pada awal pagi selain keadaan berkabus.

Penduduk turut menyamakan mereka seperti berada di Cameron Highlands kerana cuaca sejuk.

Hujan berterusan di dua negeri

Kuala Lumpur: Hujan berterusan tahap buruk dijangka berlaku di beberapa daerah di bahagian Sandakan, Sabah hingga hari ini, menurut Jabatan Meteorologi (Metmalaysia)

Metmalaysia menerusi kenyataan pagi semalam memaklumkan daerah yang dijangka terbabit ialah Telupid, Beluran dan Sandakan.

Selain itu, Metmalaysia juga mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sarawak meliputi Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.

Amaran hujan berterusan tahap waspada bagi Sabah pula membabitkan bahagian Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Kinabatangan) serta Kudat.

Di Bintulu, jurutera, Hazzaid Abdul Muin, 36, kerugian RM30,000 apabila rumahnya di Taman Sebiew Indah, ditenggelami banjir pada 29 Januari lalu.

Beliau menyifatkan situasi itu sama seperti adegan filem apabila air naik dengan cepat dan berdepan detik cemas untuk menyelamatkan keluarganya sebelum air memenuhi ruang rumah.

“Kita memang terkejut ketika air mula naik pada sekitar 6 pagi (29 Januari) dan kita ingat akan surut tetapi hujan berterusan. Selepas itu sekitar 11 pagi, bot bantuan datang untuk memindahkan semua orang,” katanya kepada BERNAMA.

“Memang banyak kerugian perlu kita tanggung, dua kereta milik kami turut terkesan, sebuah kereta sudah kena angkut ke bengkel. Selain itu kita kerugian barang seperti perabot dan barangan elektronik lain,” katanya.

Hazzaid menjelaskan buat masa ini pembersihan rumah pasca banjir sedang berjalan dan usaha itu mengambil masa lama terutama proses membawa keluar barang rosak.

Limpahan air sungai

Di Kucing, ketika keadaan banjir di kawasan lain di Sarawak semakin pulih, beberapa kampung di tebing Sungai Oya di Dalat dalam Bahagian Mukah pula kini ditenggelami air.

Banjir itu berlaku akibat limpahan air Sungai Oya yang semakin meningkat sejak beberapa hari lalu. Antara kampung di hulu sungai itu yang paling teruk terjejas adalah Kampung Klid, Kampung Narub dan Nanga Baoh.

Beberapa kampung di hilir antaranya Kampung Medong, Kampung Kekan dan kampung sekitar pekan Dalat, dilaporkan turut terjejas.

Seorang penduduk Kampung Klid, Samuel Sajai, 56, berkata banjir mula melanda sejak beberapa hari lalu akibat hujan lebat berterusan. “Ada antaranya yang dinaiki air hingga mencecah paras bumbung,” katanya.

Sehingga jam 1.30 tengah hari semalam, jumlah mangsa banjir yang masih berlindung di PPS menurun kepada 9,191 orang daripada 2,715 keluarga.

Over 140 rescue missions carried out in flood-hit Sabah, Sarawak

KUALA TERENGGANU: The Malaysian Fire and Rescue Department has carried out 143 rescue operations in flood-affected areas of Sabah and Sarawak.

Its deputy director-general (operations) Datuk Ahmad Izram Osman said 2,681 victims were rescued in 62 operations in Sarawak, while 1,325 victims were saved in 81 operations in Sabah.

“The flood situation in Sabah and Sarawak remains serious.

“In Sarawak, floods usually affect Kuching city, but this time, areas such as Bintulu, which are rarely impacted, are also facing severe flooding. However, the situation is under control.

“So far, our officers and personnel in both states have managed the situation effectively, both in terms of personnel and logistics, without the need for assistance from the peninsula,” he said after a working visit to the department’s Terengganu headquarters, Bernama reported.

He also presented donations to 33 members of the department’s Welfare Association who had been affected by the December floods in the state.

Ahmad Izram added that the department remains on high alert as the northeast monsoon season is expected to continue until midmarch.

However, he noted that the freeze on leave for officers and personnel has been lifted, with the exception of states still grappling with floods.

Directors in each state are now authorised to manage personnel leave rotations or even recall staff if needed.

Meanwhile, Ahmad Izram said the department is implementing various initiatives, including the “wellness hub”, to ensure that personnel maintain a healthy body mass index (BMI) between 28 and 20.

He stressed that this is crucial to ensure the physical well-being of the team, enabling them to perform operations effectively.

“Recently, we have witnessed personnel succumb to heart disease and cancer. In response, the department has launched the ‘wellness hub’ programme.

“It is designed to monitor and promote the fitness levels of our personnel.

“As a rescue team operating on the front line, agility and physical fitness are essential. If our fitness levels are low, how can we effectively carry out our duties?” Ahmad Izram added.

Empat keluarga cemas, ruang tamu, bilik utama dihempap tanah runtuh

TATAU - Empat keluarga yang menghuni tiga kediaman di Kilometer 6, Jalan Sangan di sini, terselamat selepas kediaman mereka dihempap tanah runtuh lewat malam tadi.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 11.57 malam dan segera mengatur gerak satu pasukan tiga anggota ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tatau.

 

“Setiba di lokasi, pasukan mendapati, runtuhan tanah berlaku di bahagian ruang tamu dan bilik utama salah sebuah kediaman terbabit, namun penghuninya sempat menyelamatkan diri.

“Siasatan awal kita mendapati, sebanyak tiga rumah terjejas, membabitkan empat keluarga dan 15 mangsa,” katanya.

Setelah menilai keadaan di lokasi, katanya, pihak bomba menasihati penduduk agar berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan Tatau memandangkan situasi semasa masih berbahaya.

Ketiga-tiga keluarga termasuk tujuh kanak-kanak berpindah ke PPS dengan menaiki kenderaan persendirian, manakala satu keluarga seramai dua orang berpindah ke rumah saudara terdekat, kata Tiong. - Awani

 

Flood victims in Kota Tinggi increase to 283

JOHOR BARU: The number of flood victims in Kota Tinggi has risen to 283 people as the rain continues.

Johor Disaster Management Committee said all victims, from 85 families, are seeking shelter at three relief centres, as of 2pm on Wednesday (Feb 5).

“The victims are from Taman Desaru Utama, Kampung Baru Sungai Mas and Taman Penawar Harmoni.

“They have been relocated to the centres at Dewan Muafakat Taman Desaru, Dewan Kampung Baru Sungai Mas and SK Bandar Penawar respectively,” it said in a statement.

 

Earlier, the Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia) had issued a warning for heavy rain and strong wind in Johor until 2pm today (Feb 5).

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search