PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

6 maut banjir kilat di bandar sempadan Myanmar-China

6 maut banjir kilat di bandar sempadan Myanmar-China

NAYPYIDAW – Banjir monsun di bandar Myanmar yang dikuasai pemberontak di sempadan negara itu dengan China, meragut nyawa enam orang, kata jurucakap kumpulan bersenjata yang mengawal kawasan tersebut hari ini.

Pekan Laiza yang bersempadan dengan wilayah Yunnan melaporkan banjir kilat sejak awal Isnin lalu apabila air berlumpur setinggi pinggang mula mengalir melalui jalan.

Laiza merupakan kubu kuat Tentera Kemerdekaan Kachin (KIA), yang selama beberapa dekad menguasai wilayah etniknya sendiri dan muncul sebagai salah satu puak paling berkuasa dalam perang saudara Myanmar.

“Banyak air mengalir menuruni gunung ke sungai,” kata jurucakap KIA, Naw Bu.

“Aliran air terlalu deras dan memusnahkan kawasan sekitar sungai. Enam orang terbunuh dalam banjir dan 100 rumah musnah,” tambahnya.

Operasi menyelamat dimulakan hari ini tetapi terhalang oleh jalan raya yang tersekat.

“Semua jalan rosak dan musnah di beberapa kawasan,” kata seorang penduduk yang enggan namanya disiarkan atas sebab keselamatan. “Air naik secara tiba-tiba,” tambahnya.

Myanmar berada dalam musim tengkujuh ketika banjir harian menjadi perkara biasa.

Namun saintis berkata, kejadian cuaca berbahaya menjadi lebih kerap dan teruk di seluruh dunia akibat perubahan iklim yang didorong oleh manusia. – AFP

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search