PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

Operasi Pembenihan Awan (Opa) Di Kawasan EmpanganTeluk Bahang dan Air Itam, Pulau Pinang dan Empangan Bukit Merah, Perak

28 Februari 2024 - OPA dilaksanakan bagi memperkasakan kesiapsagaan untuk menangani impak fenomena cuaca panas dan kering semasa peralihan Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka berterusan sehingga penghujung Mac 2024. Operasi ini telah dilaksanakan selama dua (2) hari, bermula pada 27 hingga 28 Februari 2024 dan menyasarkan kawasan sekitar Empangan Teluk Bahang dan Air Itam, Pulau Pinang dan Empangan Bukit Merah, Perak.
Bagi melaksanakan OPA, pesawat C-130 Hercules milik Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) berlepas dari Pangkalan Udara TUDM Subang dengan membawa empat (4) tangki air yang mengandungi campuran 800 kilogram garam dan 6,000 liter air yang disediakan oleh pihak Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search